Saturday, May 7, 2011

suka kampung

Kampung.....? bagi aku tempat yang mendamaikan. apa yang ada masih lagi asli. boleh dilihat dengan mata sendiri. hak milik yang boleh disentuh, dihidu dan dirasa tanpa ada prasangka.. menikmati dan menjalani kehidupan dalam suasana yang masih menjadi milik sendiri kerana persekitaran masih lagi dikenali........................
selalu juga pengangkutan udara yang akan dipilih sekiranya masa cuti yang terlalu singkat. walapun cuti singkat namun, hati sentiasa meronta-ronta agar menjengah sekejap kampung ku. kadang-kadang terpaksa ketepikan soal wang ringgit kerana naluri untuk pulang ke kampung terlalu kuat.

salah satu yang asli yang mampu dilihat di depan mata. hubungan yang harmoni antara manusia dan binatang menerbitkan rasa kasih sayang. sesuatu yang mententeramkan jiwa.

apa yang perlu dirisaukan? kita dan makhluk ni sentiasa memberi dan menerima... 
sekali-sekala dongaklah ke langit untuk melihat lakaran awan yang pelbagai

renunglah sejenak kerana lakaran itu mengadungi seribu rahsia yang sekelumit sahaja yang kita ketahui 


panorama yang dicorakkan dengan sangkar burung di mana burung-burung dikurung untuk santapan mata tuan empunya sangkar..
ini kerja-kerja mengorek tanah untuk mencari sumber air semulajadi yang tak perlu dirawat sebelum guna.

sengaja aku letak selipar di tepi supaya dapat agak lubang tu seluas mana.. (orang sini kata boring air)

serangga yang pelik-pelik juga dapat ditemui sekiranya rajin menjelajah

yang ni tali air untuk mengairi sawah-sawah padi. walaupun salirannya dibentuk oleh manusia namun masih lagi cantik dan melegakan. taliair ini masih lagi tidak tercemar dengan sampah sarap kerana jumlah penduduk sekitar masih lagi terlalu kurang.

air yang bebas sampah sarap 
bunga kedudup yang masih terdapat di kawasan semak samun sekitar rumah


sekali-sekala masuk hutan meneroka alam semulajadi

pacat dan serangga kecil boleh lagi ditemui. pasir masih lagi diselaputi daun-daun kayu kering
menziarah kubur untuk sedekahkan doa kepada datuk nenek tersayang


semoga meraka di tempatkan ditempat orang-orang mukmin
dan yang lebih penting, kami masih lagi berpendirian bahawa sehebat manapun kita, yang hebat adalah pemimpin yang ingin menegakkan agama Allah. kami berpendirian teguh tanpa ada sedikit goyahpun walaupun keadaan kami sentiasa dikutuk oleh insan di 'padang' lain yang kononnya mencanang kehebatan rumput di padang masing-masing sedangkan rumput yang ada sentiasa dipijak-pijak

pengangkutan yang sentiasa menemaniku untuk balik ke kampung halaman sekiranya cuti sedikit panjang. mudah-mudahan sentiasa selamat tidak kira ke mana destinasi sekalipun....

kedai kopi lokasi tempat bertukar-tukar idea, bertegur sapa, berkongsi permainan yang sama sebab tu je yang ada disediakan...carom dan Dam atau papan Aji..
 

Wednesday, May 4, 2011

hebat, berani n yakin boleh....latihan puisi dan lagu...

latihan deklamasi sajak


(pn. mastura) jurulatih sedang membimbing
guru pembimbing sedang memerhati anak didik, mana yang kurang dibetulkan
sedang memerah otak, mana lagi yang perlu dibaiki ya?


penuh gaya sedang menghafal lirik lagu
gabungan yang cukup mantap
"  aku rasa engkau yang patut nyanyi, suara kau serak-serak gitu"
kata Aiman kepada Nazrul.. namun Nazrul tetap memberi peluang kepada sahabatnya itu.hihi
akhirnya, semua kena menyanyi daaaa.... 
latihan bersama-sama dapat memantapkan persembahan dalam kumpulan
masing-masing ada bakat tersendiri

yang perlu di ketengahkan...

dan perlu dicanai

agar tercipta satu kenangan yang tidak mungkin dapat dipadam dari lipatan sejarah kalian

menimba pengalaman untuk mencipta pengalaman seterusnya..kejayaan pertama akan disusuli dengan kejayaan seterusnya....