aktiviti pertama: solat di tanah lapang dengan objektif bahawa di mana-mana sahaja boleh menunaikan ibadat. mengajar pelajar bersolat ketika bermusafir.
aktiviti kedua: tazkirah dengan Pak Engku, pengerusi rumah anak yatim....banyak pengalaman yang dicurah namun rasa tidak cukup bersamanya. rasa dihati ingin mengunjungi dan berjumpa dengan beliau lagi.
Renungan:
" Jangan demikian, sebenarnya kata -kata kamu itu salah. Bahkan perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana kamu tidak memuliakan anak yatim, malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya."
" Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin"
Surah Al Fajr : 17 - 18 ( Tafsir pimpinan Rahman)
Ayat menguraikan penyakit jiwa yang melanda manusia penderita kemarau iman. Mereka ego dan hanya mementingkan diri mereka sendiri, dan tidak mempunyai belas kasihan. Mereka telah terkena virus penyakit pelit.Allah telah menganugerahkan mereka harta yang melimpah ruah, tetapi mereka tidak mau peduli dengan masyarakat sekeliling. Termasuk menolong anak yatim dan memperlakukannya dengan baik. Padahal Rasul SAW bersabda " Rumah yang paling disukai oleh Allah adalah rumah yang memuliakan anak yatim".
Ahli Tafsir , Muqatil mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Qudamah ibnu Maz'un seorang anak yatim yang berada dalam asuhan Umayyah bin Khalaf.
2. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Maka adapun anak yatim itu, maka janganlah kamu hinakan ( Ad - Dhuha : 9 )
Oleh sebab itu engkau telah merasai nkenyataan itu dan Allah sendiri yang yang menanamkan kasih sayang kepada pengasuh - pengasuhmu diwaktu engkau kecil maka hendaklah engkau tunjukkan pula kasih sayang kepada anak - anak yatim , janganlah engkau bersikap keras dengan mereka , jangan mereka dipandang hina. Tanamkanlah perasaan kepada anak - anak yatim itu bahawa mereka dibela, dibelai dan dikasihi. Harta benda mereka hendaklan terjamin sampai mereka dewasa.
lokasi Exlorasi kami: masjid Negeri Kuantan. mendengar kuliah subuh dan bertazkirah di sini.
amanat kakak Fasi tentang aurat wanita dan juga menjaga kesopanan diri sebagai muslimah.
adik-adik sedang kusyuk mendengar perkongsian pendapat dari kakak Fasi. mereka puteh bersih. ibu bapa dan pemimpinlah yang mencorakkan kehidupan mereka. rapuh seperti ranting-ranting kayu yang tunggu patah sekiranya tidak dibimbing dengan baik.
aktiviti pagi dihabiskan dengan bermuhasabah bersama-sama dengan Pak Engku, pengerusi rumah anak yatim