Wednesday, July 6, 2011

kempen 'sampah sifar'-lestari alam sekitar

bermula 21 Jun 2011 bermula perasmian kempen 'sampah sifar' bagi tahun 2011. dengan tujuan dan objektif yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
lukisan yang dihasilkan oleh pelajar sendiri sebagai simbolik untuk pelancaran kempen sampah sifar.
minggu yang seterusnya, jadual untuk kempen digubal agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid yang terlibat.

 Sesuai dengan pendekatan sifar sampah dengan mengamalkan konsep 3R, maka jadual untuk kempen dibuat atas kotak yang diguna semula. Saudari Nurul 'Aini dari kelas 4Gamma bersungguh-sungguh untuk menyiapkan jadual tersebut. 
 Digubah seperti beg james bond. reka bentuk agak bijak sesuai agar dapat menarik minat warga sekolah supaya membaca tulisan yang tercatat pada jadual tersebut.
jadual telah siap. tindakan seterusnya ialah gerakkan aktiviti kempen dalam kumpulan kecil agar murid-murid yang betul-betul berkebolehan sahaja yang akan dipilih untuk mengedalikan slot kempen.
 besar rahmat kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada barisan pentadbir. usaha untuk memberi kesedaran perlu dilakukan secara berterusan dan jangan mudah menyerah kalah. generasi sekarang memang sedar bahawa persekitaran mereka 'terdapat sampah', cuma peranan kita untuk menyedarkan mereka dan menyuntik semangat agar mereka sedar kesan daripada tabiat buruk yang suka membuang sampah sesuka hati.
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memberi nasihat kepada anak didik SMKSP agar mengamalkan nilai murni untuk menjaga alam yang kita warisi ini. Cerita di Taman Negara mengusik hati anak murid beliau.
 kotak botol air dikumpulkan untuk membina replika menara berkembar. diharap hasrat ini berjaya sebagai bahan untuk pertandingan peringkat kebangsaan oleh murid-murid yang mengambil ICT untuk cipta slide.
 Anak didik yang berupaya berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik menjadi penyumbang utama untuk menggerakkan kempen ini. saudari Mas Arisa daripada tingkatan 5Beta banyak membantu dalam merealisasikan kempen sampah sifar 2011. Terima kasih diucapkan. semoga menjadi warga yang bertanggungjawab suatu hari nanti dan mampu menyumbang kepada alam anugerah tuhan ini.
interaksi dua hala mampu meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap kempen. Pelajar aktif memberi respon kepada bahan bantu yang ditunjukkan mengguna LCD.

seperti tahun lalu, lokasi yang sesuai akan dipilih sebagai tanda agar pelajar sentiasa ingat-mengingati bahawa kempen sampah sifar bukan hanya berjalan satu atau dua hari sahaja tetapi sepanjang masa. kawasan ini akan dijadikan tempat untuk pemeran barang-barang yang berkonsepkan 3R. 
semoga tercapai tahun ini.