KERTAS KERJA
PROGRAM LESTARI
KESEDARAN ALAM SEKITAR
SMK SUNGAI PELEK,
43950, SUNGAI PELEK, SELANGOR
2012

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL
Program:
1. Kempen kesedaran ‘sampah sifar’.
2. Kempen kitar semula.
3. Galeri kitar semula.
4. Sudut kempen sifar sampah.
5. Menceriakan tandas- tanda ceria warga selesa
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian pihak berkenaan terhadap aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Beberapa aktiviti akan dilaksanakan oleh pihak sekolah SMK Sungai Pelek untuk memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Melalui aktiviti yang akan dijalankan secara tidak langsung dapat mendidik warga sekolah bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu diterapkan sejak dibangku sekolah lagi. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi penentu kearah amalan cara hidup yang mesra alam sekitar pada masa akan datang. Salah satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar ialah melalui institusi pendidikan sekolah khasnya. Justeru, program kesedaran alam sekitar akan dilaksanakan untuk memberi kefahaman dan perubahan sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
TUJUAN
1. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
2. Memupuk nilai murni terhadap tanggungjawab pengurusan alam sekitar.
3. Memberi kesedaran bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama kerana tugas ini bukan lagi pilihan tapi keperluan dan tanggungjawab bersama.
4. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam sekitar dengan berkesan.
5. Meningkatkan sikap kerjasama antara warga sekolah dalam menjayakan projek kesedaran alam sekitar.
6. Mewujudkan sekolah yang kondusif tanpa meminggirkan pendidikan kesedaran terhadap alam sekitar.
PROGRAM
1. Kempen kesedaran ‘sampah sifar’.
2. Kempen kitar semula.
3. Galeri kitar semula.
4. Sudut kempen sifar sampah.
PELAKSANAAN PROGRAM
Kempen kesedaran ‘sampah sifar’
Pendahuluan
Kempen ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah menangani masalah segelintir pelajar yang suka membuang sampah merata-rata tempat tanpa ada rasa bersalah dalam diri mereka. Tajuk kempen ini amat sesuai memandangkan isu sampah ini hangat diperkatakan oleh media massa sekarang ini. Salah satu punca ialah hasil pendidikan di institusi pendidikan iaitu sekolah. Masalah sampah dan pencemaran yang sering berlaku adalah akibat daripada tindakan segelintir manusia itu sendiri yang mempunyai tahap kesedaran yang kurang terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar. Oleh itu, menerusi kempen ini diharap Sek. Men. Keb. Sungai Pelek dapat melahirkan masyarakat yang sayang akan sekolah dan sayang kepada alam sekitar yang dihuni oleh mereka.
Objektif
1. Dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
2. Dapat melahirkan kesedaran dalam diri pelajar bahawa tinggal dalam persekitaran yang kotor menggambarkan masyarakat yang tidak bertamadun.
3. Menyedarkan pelajar bahawa menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
4. Mampu menjadi pembimbing rakan sebaya kerana diberi peluang untuk mengadakan kempen ini.
Kumpulan sasar
Semua warga Sek. Men. Keb. Sungai Pelek.
Rangka kempen
1. Melancarkan perasmian kempen di tapak perhimpunan.
2. Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
3. Memaklumkan tentang kempen sampah sifar ke arah sifar sampah di tapak perhimpunan.
4. Sentiasa mengingatkan kepada murid-murid bahawa kempen ini sentiasa berlansung tanpa had masa.
5. Menyediakan satu jadual sesi ceramah di Dewan Kuliah dan penceramah terdiri daripada rakan sebaya dan juga dibantu oleh guru kanan hal ehwal murid.
Tempoh pelaksanaan.
Bulan Febuari hingga Ogos.
PELAKSANAAN PROGRAM
Kempen kitar semula
Pendahuluan
Kempen ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran kepada warga SMK Sungai Pelek bahawa tidak semua sampah yang dianggap sampah itu tidak berguna. Ada sesetengah sampah itu boleh dikitar semula. Di samping itu, menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan melalui projek kitar semula. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam semua aspek kehidupan.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sampah adalah tanggungjawab bersama.
2. Meningkat kesedaran tentang kempen kitar semula.
3. Mewujudkan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
4. Mencungkil bakat pelajar dalam aktiviti kerja amal.
Kumpulan sasar.
Warga SMK Sungai Pelek termasuk guru dan staf sokongan.
Rangka kempen
1. Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
2. Ahli jawatankuasa yang terlibat membuat beberapa tong sampah dari kotak terpakai. Lambang kitar semula akan dilekatkan pada kotak.
3. Menyerahkan tong sampah kitar semula kepada staf sokongan dan ketua bidang kemanusiaan di tapak perhimpunan untuk diletakkan di bilik guru. Tong sampah kitar semula ini akan diletakkan dilokasi sesuai di dalam bilik guru dan juga pejabat.
4. Pelajar akan dimaklumkan supaya membawa botol plastik ke sekolah pada 24 April sempena sambutan Hari Bumi.
5. Pelajar akan menyerahkan botol tersebut kepada AJK aktiviti ini.
6. Botol itu akan dijadikan gubahan dari bahan kitar semula dan akan diletakkan digaleri kitar semula.
Tempoh pelaksanaan
Bulan Mac hingga September.
PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh | perkara |
27. 02. 2012 | Beberapa orang murid membuat bag kertas daripada kertas surat khabar lama |
28.02.2012 | Menghias beg kertas tersebut dengan kertas majalah lama |
Menyiapkan tong sampah daripada kotak terpakai | |
26.03.2012 | perasmian kempen sampah sifar ke arah sifar sampah dilancarkan di tapak perhimpunan. Menyerahkan tong sampah kitar semula tersebut kepada wakil kakitangan pejabat |
Menyerahkan tong sampah kitar semula kepada wakil guru | |
Memaklumkan kepada murid-murid agar membawa botol untuk dikitar semula |
Galeri kitar semula
Pendahuluan
Daya kreativiti, idea dan kesungguhan pelajar harus digerakkan demi mewujudkan warga yang kreatif dan inovatif. Melahirkan modal insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. Sesuai dengan prinsip-prinsip pembangunan mapan bahawa manusia menjadikan fokus pembangunan mapan. Mereka berhak menikmati kehidupan sihat dan produktif serta harmoni.
Objektif
1. Supaya warga SMK Sungai Pelek sedar bahawa kempen kitar semula wujud sepanjang tahun.
2. Supaya mereka rasa dihargai bahawa hasil sumbangan idea mereka dalam menghasilkan barang dari bahan kitar semula dipamerkan di ‘Galeri Kitar Semula’.
3. Supaya pelajar sedar bahawa pentingnya konsep reuse, recycle, dan reduce diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kumpulan sasar
Semua warga SMK Sungai Pelek
Rangka kerja
1. Memilih lokasi untuk galeri kitar semula dengan mengambil kira pandangan daripada pentadbir.
2. Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
3. Mengecat kawasan tersebut.
4. Meletakkan papan kenyataan. Sebarang maklumat perkembangan projek akan ditampalkan di situ.
5. Menghiaskan galeri tersebut dengan hasil ciptaan pelajar.
Tempoh pelaksanaan
Mac hingga November
PELAKSANAAN PROGRAM
Sudut kempen sampah sifar
Pendahuluan
Kesedaran tentang kebersihan alam sekitar sangat penting dalam kalangan warga sekolah. Murid-murid perlu diberi kesedaran secara berterusan tentang usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani isu alam sekitar. Poster-poster dan kempen-kempen yang pernah dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu akan dipamerkan digaleri ini agar mereka sentiasa ingat bahawa kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab semua. Tanggungjawab terhadap alam sekitar adalah perlu kerana aspek ini akan mencerminkan sahsiah seseorang pelajar. Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar yang mementingkan kebersihan persekitaran.
Objektif
1. Menyedarkan pelajar bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk menangani isu alam sekitar.
2. Mencungkil bakat dan idea pelajar dalam kerja-kerja amal.
3. Meningkat kesedaran pelajar tentang kebersihan persekitaran.
Kumpulan sasar
Semua warga SMK Sungai Pelek
Rangka kerja
1. Mengenalpasti sudut yang sesuai untuk dijadikan ‘sudut kempen sifar sampah’.
2. Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
3. Mencari poster yang sesuai di internet.
4. Mencetak poster saiz A3 dan dilekatkan pada kertas keras dan difremkan.
5. Poster akan dipakukan pada dinding sudut yang dipilih.
Tempoh pelaksanaan
Mac hingga November
Ahli jawatan kuasa pelaksana
Pengerusi :
Naib pengerusi :
Setiausaha :
Naib setiausaha :
Bendahari :
Naib bendahari :
Penutup
Diharap segala yang dirancangkan ini berjaya dilaksanakan hasil dari usaha dan kesepakatan daripada semua pihak.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………… …………………..
Pelaksanaan
|