kepuasan yang aku dapat berganda apabila dapat melakukan ini semua. seronok, rasa terbuka minda dan dada tapi persiapan dari segi mental dan fizikals angat-sangat diperlukan untuk menyiapkan apa yang aku mahu lakukan. penat bukan halangan lagi yang penting idea yang keluar mesti direalisasikan untuk meringankan bebanan minda.
menikmati hiburan..buku tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang bertajuk Mengemudi Bahtera Perubahan Minda iaitu Baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. ini seperti hadis al-Bukhari. kata Aisyah r.a
" suatu hari Rasulullah SAW berada di pintu bilikku, ketika itu orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka sehingga aku bosan. Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan".
Hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang ditetapkan. Hal ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh pelbagai situasi dan keadaan. kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan urusan hidup. juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau hari raya ( Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang bertajuk Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. m.s 161-162)