Monday, November 17, 2014

Peristiwa yang panas-panas berlaku kepada aku sendiri sebaik sahaja membaca buku tulisan Mohd Asri Zainul Abidin. Seperti peristiwa ini mengiyakan apa yang dikata oleh beliau. Fungsi masjid.. walaupun yang baru berlaku ini melibatkan aku seorang dan aku merupakan sedikit mangsa keadaan. tajuk buku : Mengemudi bahtera perubahan minda
masjid kita kaku. m.s 134.........



 apa yang aku pelajari tidak ada kaitan dengan duniawi langsung. tajuk research=tutuplah aurat mu......

trend belajar dan menuntut ilmu sekarang sudah berubah. tidak menggunakan buku 100%. maklumat akan disimpan dalam notebook. pihak tertentu perlu sedar keperluan orang ramai bahawa masjid bukan sahaja untuk solat tetapi untuk perbincangan ilmiah dan mungkin keperluan sekarang lebih dari itu. memang tulisan DR MAZA kena dengan dunia islam di malaysia yang mempunyai saingan yang hebat antara kemsyuharan shoping kompleks yang semakin tip top dan masjid yang semakin sepi. 

Plug yang sama aku guna sebaik sahaja aku selesai sembahyang zohor pukul 3.16 ptg dan terus niat iktiqaf dalam masjid. Dan plug yang sama ada orang guna sebelum aku. Aku tak pasti dari pukul berapa dia guna plug tu.
Aku dah terbiasa belajar begini dan terbawa-bawa perangai ni semasa di Universiti dulu-dulu. Selepas sembahyang asar aku sambung kerja aku dgn menggunakan note book yang memang dari tadi terpasang.
Sedang ksuyuk berfikir sambil mengamati tulisan Mohd Asri Zainul Abidin aku dimarahi oleh perempuan tua dengan nada yang agak tegas bertanyakan siapa diri aku dan sedang buat apa menggunakan plug n letrik masjid. Bertubi-tubi Tanya sampai aku langsung tak bersuara seperti budak kecil  yang sedang melakukan kesalahan besar.
Sedih dan rasa terdesaknya aku terpaksa guna kemudahan masjid. Nak belajar sorang-sorang kat rumah memang sudah pasti aku takkan belajar. Tidur la jawabnya. Memang aku terpaksa sebab macam ni jela cara aku. Aku Nak royat aku sedekah ko masjid kata nunjuk pulok. Yang tu tak perlu cerita.


Dengan tegas mak cik tu kata “Bo lah.. tutup letrik tu. Jak takdi masa mok cik mari maye zohor lagi duk guna”. Maknanya masa zohor yang guna plug itu adalah aku juga sangkaan mak cik tu. Memang mangsa keadaan betul. Kata mak cik tu lagi “ Bo bo lah. Ni harta orang ramai. Tok leh guna. Dosa guna letrik sejid”. Dia dengan selamba pergi macam tu seperti sudah melakukan tanggungjawab sosial yang amat besar dalam menjaga harta orang ramai. Aduhh air mata ni bercucuran tak boleh nak bendung lagi. Memang gerenti syurga mak cik nih.


 Apa hikmahnya aku macam ni. Baru nak mendekatkan diri dengan masjid setelah sekian lama. Masa ni la salah satu caranya yang aku nak menjinakkan diri. Aku dah mula buat penilaian yang salah semasa sedang marah. Tapi aku berjaya pujuk diri aku. Sebaik sahaja sedang memujuk diri datang la lelaki yang pada anggapan aku bertugas dalam masjid ni, aku terus mengambil kesempatan untuk meminta izin menggunakankan plug ni. Menggunakan bahasa seperti makhluk yang terdesak yang memerlukan simpati dah ekhsan agar diberi keizinan untuk menggunakan plug ni.. dengan lembut dia kata “buleh”. Aku lega.

aduh.. fungsi masjid yang aku keliru....tulisan DR MAZA m/s 134 ......... mungkin salah aku.........apa hikmahnya....takkan la aku nak ajok sbutir kampung nak teman aku wat kijo baru cukup syarat ‘orang ramai’ mugo masjid harta orang ramai n kalu nak guna kena ada orang ramai. Kalau ada kawan untuk belajar pun berapa kerat jah yang boleh teman nak belajar sekali supaya ada istilah ‘orang ramai’ atau ‘orang yang ramai’. Tapi memang takde la sebab masing2 lain bidang. Apa kejadahnya nak belajar sama2. Mungkin boleh belajar sama2 untuk penguat semangat kalau itulah alasan aku guna masjid atas kepentingan peribadi ‘belajar’ aku. kalau yang berhenti di masjid semata-mata untuk guna air masjid untuk mandi dan buang air macamana pulak?? yang berhenti untuk mandi manda macamana pulak?? memang aku keliru..... 
Panjang isu ni sebenarnya. Kalau diikutkan curi letrik, takkan aku nak uar -uarkan aku menderma di masjid ni.. riak pulak. Apabila aku menderma sudah tentu aku ada hak guna kemudahan di masjid. Betul ke??? Kalau diikutkan kata – kata makcik tadi curi letrik masjid adalah berdosa kerana harta awam dan letrik adalah untuk orang ramai aku ni bukan golongan orang ramai atau orang awam ke??aku gi stady atau menuntut ilmu di masjid bukan jihad ke? Dan yang aku tahu salah satu fungsi masjid ialah tempat menuntut ilmu dan apa guna buku-buku disediakn di setengah-setengah masjid kalau bukan untuk dibaca di masjid dan baca buku di masjid sudah tentu memerlukan kipas lampu. Kipas lampu memerlukan letrik. Kalau yang tidur guna kipas masjid tu pulak macam mana kalau kijo buat belajar aku ni berdosa. Adakah dibolehkan sebab kipas tu peralatan yang sentiasa diguna maka kita tidak nampak kecurian dan dosa berlaku di situ.  Dan lebih penting aku islam asal. Kalau mualaf sudah tentu akan terperanjat dengan teguran tu. Aku sendiri yang tua Bangka ni pun boleh sentap dan menangis. Islam fobia.

 Sudut sana dua orang mak cik tu sedang tidur nyenyak menggunakan kipas masjid. Kalau situasi macam ni macamana pulak hukumnya....???nak amik gambar mak cik tu aiiiii kena hempok karang tak pasal2..ada orang tolong bukakan lampu untuk aku,, sekarang pukul 6.35 petang..aku bergelap sebelum ni. Sebelum tu ada 3 orang student aku datang sembahyang n tak sangka pulak jumpa dengan cikgu dia yang tolol ni.  Apa lagi aku cerita la sedikit apa yang terjadi sambil berkongsi buku dan pengalaman yang dilalui sebentar tadi.

Lega.. boleh la Nampak aku nak membaca.
Tajuk tulisan Dr. MAZA masjid kita kaku, tidak mesra pelanggan.
Kata beliau ada juga pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti menggaggu keheningna jemaah. Dukacita sikap demikian tersimpan dalam perasaan sesetengah orang. Hal ini kerana sesetengah kita lebih ingin menjga warna karpet baru daripada berkempen mendapat jemaah baru. Apa pula pendapat Dr MAZA dengan papan tanda yang di tampal di masjid??


pihak pengurusan masjid berhak untuk menetapkan peraturan tapi amaran yng keras sebegini sudah cukup untuk menggerunkan ibu bapa yang mempunyai anak untuk bawa anak mereka ke masjid. 

Saturday, April 12, 2014

pasti dan yakin memang untuk engkau..Masjid Tualang Rendah, Pasir Puteh, Kelantan

kepuasan yang aku dapat berganda apabila dapat melakukan ini semua. seronok, rasa terbuka minda dan dada tapi persiapan dari segi mental dan fizikals angat-sangat diperlukan untuk menyiapkan apa yang aku mahu lakukan. penat bukan halangan lagi yang penting idea yang keluar mesti direalisasikan untuk meringankan bebanan minda.



menikmati hiburan..buku tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang bertajuk Mengemudi Bahtera Perubahan Minda iaitu Baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. ini seperti hadis al-Bukhari. kata Aisyah r.a
 " suatu hari Rasulullah SAW berada di pintu bilikku, ketika itu orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka sehingga aku bosan. Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan".

Hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang ditetapkan. Hal ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh pelbagai situasi dan keadaan. kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan urusan hidup. juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau hari raya (  Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang bertajuk Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. m.s 161-162)    













Sunday, October 21, 2012

untuk tatapan anak sulung umi di mesir...

faezim kata masukkan gambar sebanyak mungkin, sementara dapat on-line dengan umin, boleh jim tengok gambar family kita.. ok ok jim, umi cuba cari gambar yang ok ok....
adik tengah ngada-ngada nak disuapkan maklumlah pagi sangat memang tak lalu nak makan. pukul 5 pagi dah sampai kat ipoh perak, nak hantar mok su.

mok su bersemangat nak masuk U nih... xnero tidur...
duk tengah tunggu mok su gi daftar kat dewan kuliah UPSI.
lepas daftar, pakat usung barang mok su, macam nak pindah rumah, banyak betul. tingkat 4, lembek dah semua yang ngangkat. tinggi sangat.
cik Je dan ma, sibuk gak mengangkat. berat tu.
Pic ni masa umi gi melawat jan kat tahfiz. sedang berehat kat surau tahfiz. adik baru habis kelas.

gambar semasa di sekolah umi pulak. anak-anak murid umi sebaya dengan jim. tapi mereka nakal sikit.


anak murid umi kelas 1 al-farabi 5 tengah buat aktiviti akhbar dalam darjah. 


tengah buat lawak apa ntah ni. mereka suka bercerita pasal itik, air tuak, belut, belalang n macam-macam lagi. 
 anak murid umi sembahyang hajat, untuk pmr dan bacaan yassin.
 faseha tengah ngada-ngada dengan cik cik. masa ni nak gi mana ntah. umi lupa dah.
jan cakap "abang sabar n tabahkan hati kat sana tau, nanti jan baca rajin-rajin jugak"


Wednesday, February 29, 2012

projek sekolah 2012





KERTAS KERJA
PROGRAM LESTARI
KESEDARAN ALAM SEKITAR
SMK SUNGAI PELEK,
43950, SUNGAI PELEK, SELANGOR
2012
 

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL

Program:
1.    Kempen kesedaran ‘sampah sifar’.
2.   Kempen kitar semula.
3.   Galeri kitar semula.
4.   Sudut kempen sifar sampah.
5.   Menceriakan tandas- tanda ceria warga selesa











PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian pihak berkenaan terhadap aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Beberapa aktiviti akan dilaksanakan oleh pihak sekolah SMK Sungai Pelek untuk memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Melalui aktiviti yang akan dijalankan secara tidak langsung dapat mendidik warga sekolah bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu diterapkan sejak dibangku sekolah lagi. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi penentu kearah amalan cara hidup yang mesra alam sekitar pada masa akan datang. Salah satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar ialah melalui institusi pendidikan sekolah khasnya. Justeru, program kesedaran alam sekitar akan dilaksanakan untuk memberi kefahaman dan perubahan sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
TUJUAN
1.    Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
2.    Memupuk nilai murni terhadap tanggungjawab pengurusan alam sekitar.
3.    Memberi kesedaran bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama kerana tugas ini bukan lagi pilihan tapi keperluan dan tanggungjawab bersama.
4.    Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam sekitar dengan berkesan.
5.    Meningkatkan sikap kerjasama antara warga sekolah dalam menjayakan projek kesedaran alam sekitar.
6.    Mewujudkan sekolah yang kondusif tanpa meminggirkan pendidikan kesedaran terhadap alam sekitar.
PROGRAM
1.    Kempen kesedaran ‘sampah sifar’.
2.    Kempen kitar semula.
3.    Galeri kitar semula.
4.    Sudut kempen sifar sampah.





PELAKSANAAN PROGRAM
Kempen kesedaran ‘sampah sifar’
Pendahuluan
Kempen ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah menangani masalah segelintir pelajar yang suka membuang sampah merata-rata tempat tanpa ada rasa bersalah dalam diri mereka. Tajuk kempen ini amat sesuai memandangkan isu sampah ini hangat diperkatakan oleh media massa sekarang ini. Salah satu punca ialah hasil pendidikan di institusi pendidikan iaitu sekolah. Masalah sampah dan pencemaran yang sering berlaku adalah akibat daripada tindakan segelintir manusia itu sendiri yang mempunyai tahap kesedaran yang kurang terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar. Oleh itu, menerusi kempen ini diharap Sek. Men. Keb. Sungai Pelek dapat melahirkan masyarakat yang sayang akan sekolah dan sayang kepada alam sekitar yang dihuni oleh mereka.
Objektif
1.    Dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
2.    Dapat melahirkan kesedaran dalam diri pelajar bahawa tinggal dalam persekitaran yang kotor menggambarkan masyarakat yang tidak bertamadun.
3.    Menyedarkan pelajar bahawa menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
4.    Mampu menjadi pembimbing rakan sebaya kerana diberi peluang untuk mengadakan kempen ini.
Kumpulan sasar
Semua warga Sek. Men. Keb. Sungai Pelek.
Rangka kempen
1.    Melancarkan perasmian kempen di tapak perhimpunan.
2.    Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
3.    Memaklumkan tentang kempen sampah sifar ke arah sifar sampah di tapak perhimpunan.
4.    Sentiasa mengingatkan kepada murid-murid bahawa kempen ini sentiasa berlansung tanpa had masa.
5.    Menyediakan satu jadual sesi ceramah di Dewan Kuliah dan penceramah terdiri daripada rakan sebaya dan juga dibantu oleh guru kanan hal ehwal murid.
Tempoh pelaksanaan.
Bulan Febuari hingga Ogos.
PELAKSANAAN PROGRAM
Kempen kitar semula
Pendahuluan
Kempen ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran kepada warga SMK Sungai Pelek bahawa tidak semua sampah yang dianggap sampah itu tidak berguna. Ada sesetengah sampah itu boleh dikitar semula. Di samping itu, menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan melalui projek kitar semula. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam semua aspek kehidupan.
Objektif
1.    Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa sampah adalah tanggungjawab bersama.
2.    Meningkat kesedaran tentang kempen kitar semula.
3.    Mewujudkan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
4.    Mencungkil bakat pelajar dalam aktiviti kerja amal.
Kumpulan sasar.
Warga SMK Sungai Pelek termasuk guru dan staf sokongan.
Rangka kempen
1.    Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
2.    Ahli jawatankuasa yang terlibat membuat beberapa tong sampah dari kotak terpakai. Lambang kitar semula akan dilekatkan pada kotak.
3.    Menyerahkan tong sampah kitar semula kepada staf sokongan dan ketua bidang kemanusiaan di tapak perhimpunan untuk diletakkan di bilik guru. Tong sampah kitar semula ini akan diletakkan dilokasi sesuai di dalam bilik guru dan juga pejabat.
4.    Pelajar akan dimaklumkan supaya membawa botol plastik ke sekolah pada 24 April sempena sambutan Hari Bumi.
5.    Pelajar akan menyerahkan botol tersebut kepada AJK aktiviti ini.
6.    Botol itu akan dijadikan gubahan dari bahan kitar semula dan akan diletakkan digaleri kitar semula.
Tempoh pelaksanaan
Bulan Mac hingga September.

PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh
perkara
27. 02. 2012
Beberapa orang murid membuat bag kertas daripada kertas surat khabar lama
28.02.2012
Menghias beg kertas tersebut dengan kertas majalah lama

Menyiapkan tong sampah daripada kotak terpakai
26.03.2012
perasmian kempen sampah sifar ke arah sifar sampah dilancarkan di tapak perhimpunan.
Menyerahkan tong sampah kitar semula tersebut kepada wakil kakitangan pejabat

Menyerahkan tong sampah kitar semula kepada wakil guru

Memaklumkan kepada murid-murid agar membawa botol untuk dikitar semula

Galeri kitar semula
Pendahuluan
Daya kreativiti, idea dan kesungguhan pelajar harus digerakkan demi mewujudkan warga yang kreatif dan inovatif. Melahirkan modal insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. Sesuai dengan prinsip-prinsip pembangunan mapan bahawa manusia menjadikan fokus pembangunan mapan. Mereka berhak menikmati kehidupan sihat dan produktif serta harmoni. 

Objektif
1.    Supaya warga SMK Sungai Pelek sedar bahawa kempen kitar semula wujud sepanjang tahun.
2.    Supaya mereka rasa dihargai bahawa hasil sumbangan idea mereka dalam menghasilkan barang dari bahan kitar semula dipamerkan di ‘Galeri Kitar Semula’.
3.    Supaya pelajar sedar bahawa pentingnya konsep reuse, recycle, dan reduce diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kumpulan sasar
Semua warga SMK Sungai Pelek
Rangka kerja
1.    Memilih lokasi untuk galeri kitar semula dengan mengambil kira pandangan daripada pentadbir.
2.    Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
3.    Mengecat kawasan tersebut.
4.    Meletakkan papan kenyataan. Sebarang maklumat perkembangan projek akan ditampalkan di situ.
5.    Menghiaskan galeri tersebut dengan hasil ciptaan pelajar.
Tempoh pelaksanaan
Mac hingga November



PELAKSANAAN PROGRAM
Sudut kempen sampah sifar
Pendahuluan
Kesedaran tentang kebersihan alam sekitar sangat penting dalam kalangan warga sekolah. Murid-murid perlu diberi kesedaran secara berterusan tentang usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani isu alam sekitar. Poster-poster dan kempen-kempen yang pernah dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu akan dipamerkan digaleri ini agar mereka sentiasa ingat bahawa kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab semua. Tanggungjawab terhadap alam sekitar adalah perlu kerana aspek ini akan mencerminkan sahsiah seseorang pelajar. Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar yang mementingkan kebersihan persekitaran.
Objektif
1.    Menyedarkan pelajar bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk menangani isu alam sekitar.
2.    Mencungkil bakat dan idea pelajar dalam kerja-kerja amal.
3.    Meningkat kesedaran pelajar tentang kebersihan persekitaran.
Kumpulan sasar
Semua warga SMK Sungai Pelek
Rangka kerja
1.    Mengenalpasti sudut yang sesuai untuk dijadikan ‘sudut kempen sifar sampah’.
2.    Melantik ahli jawatan kuasa pelaksana dalam kalangan pelajar.
3.    Mencari poster yang sesuai di internet.
4.    Mencetak poster saiz A3 dan dilekatkan pada kertas keras dan difremkan.
5.    Poster akan dipakukan pada dinding sudut yang dipilih.
Tempoh pelaksanaan
Mac hingga November
Ahli jawatan kuasa pelaksana
Pengerusi                 :
Naib pengerusi        :
Setiausaha               :
Naib setiausaha       :
Bendahari                 :
Naib bendahari        :

Penutup
Diharap segala yang dirancangkan ini berjaya dilaksanakan hasil dari usaha dan kesepakatan daripada semua pihak.

Disediakan oleh,                                          Disahkan oleh,

…………………………                                …………………..

Pelaksanaan



Program:
1.   Kempen kesedaran ‘sampah sifar’.
2.   Kempen kitar semula.
3.   Galeri kitar semula.
4.   Sudut kempen sifar sampah.

 
                        

Friday, December 30, 2011

terasa


30.12.2011 terasa nak bangunan macam ni.. tak dapat sebiji macam ni pun dah ok..yang penting ada impian. bangunan aku nanti nak jual apa ya?... kena fikir lagi. lagi dan lagi. risikonya apa ya? kiranya busnes family. ingat tu. semua ada saham atas projek ni. 



sementara siap betul2. jual abc dulu
 bulan januari 2012, sudah bermula kerja-kerja meruntuhkan tapak rumah asal. kenangan bersama-sama adik beradik sangat banyak. terpaksa korbankan demi hasrat dan impian, yang mengikut peredaran masa. masa mengubah segala-gala. ni dah peringkat 70% hampir siap setelah 10 bulan tukang bertungkus lumus dan aku dan adik beradik berjimat cermat.

 sekarang bulan 10 2012, cermin dah siap pasang. tingkat atas cermin sudah diukur. tunggu pasang je.
 tiang besar ni, ilham dari tukang bangunan ni. semua pelan bangunan tukang yang buat. no idea sebab tak tau sangat pasal bangunan-bangunan ni.
 setakat ni, bulan 10. 2012, banyak lagi kerja-kerja menyiapkan rumah kedai ni. membeli-belah dah kurang dah, duit memang 100% untuk bangunan ni. ayah 100% membantu, aku memang tak tahu apa. ayah memang tempat rujukan kami. dia segala-gala. kalau dia kata ok, so ok r, kalau dia diam tu maknanya tak ok r. so jangan pandai-pandai ya.....
sudut pandangan dari sisi. belum siap lagi. kalau ada duit seketul kan bagus.. tunggu gaji je la.....

bagaiman nak memodenkan keseluruhan kawasan kedai dan kedai tu..?

Wednesday, December 28, 2011

aktiviti 2012

 Aktiviti yang perlu diberi perhatian oleh semua guru mata pelajaran P.Moral
1.    Program Sahsiah Cemerlang-

2.        Sambutan Bulan Patriotik.

3. Sambutan Hari Bumi – serampang dua mata untuk menyiapkan folio di samping menanam positif dalam diri pelajar.

4.Taman angkat- strategi untuk menyiapkan folio juga namun pelajar lain juga digalakkan untuk mengambil bahagian.

5. Kempen Sampah Sifar -  


6.     Kempen Kitar semula-


Guru-guru Pendidikan Moral sesi pagi 2012
Bil
Nama
Kelas yang diajar
1
Pn. Zahirulsalwa bt Mohamed Zahirudin
5Beta, 5Dahlia, 4Alpha, 4Kenanga
2
En. Nathan A/L Murugesu
5Gamma, 5Kenanga
3
Pn. Punithavalli A/P Muniandy
5Indeks
4
Pn. Jawiah bt Udang
5Progresif, 4Cempaka
5
En. Goh Boon Heng
5Cempaka
6
Pn. Banu A/P Armugam
5Mawar. 4Progresif
7
En. Mail Vahanam A/L Arumugam
4Beta, 4Dahlia
8
Pn. Azamastura bt Abu Talib
4Gamma
9
Pn. Wan Maizatulakmal  bt Wan Osman
4Indeks, 4Mawar
10
Pn. Elynawati bt Saim
4Teratai
11
En. Mansor bin Mohammad
3Bunga Raya, 3Kenanga
12
Pn. Rohaya bt Mohd Radi
3Cempaka
13
Pn. Norhaidah bt Arifin
3Dahlia
14
Pn. Tong Ming Eng
3Kekwa, 3Orkid
15
Pn. Misliah bt Ahmad @Jono
3Mawar
16
Pn Farishah 
3Melur
17
En. Bathmanaban A/L Nallianen
3Seroja
18
Pn. Khairiah Mahayu bt Che Him
3Teratai
19
Pn. Masroha bt Sepian
5Alpha


Guru Pendidikan Moral sesi Petang 2011
Bil

Nama
Tingkatan diajar
1
Noor Saliza bt Md Arof
1Bunga Raya, 1Orkid,2Kekwa
2
Mohd Norlizy B Ghazali
1cempaka, 1Kenanga,2Mawar
3
Amanina bt Abdullah
1Dahlia, 2Bunga Raya, 2 Seroja
4
Noress Marlinda
1Kekwa, 1Mawar
5
Fathiyyah bt Abdul Ghani
1Melur, 2Cempaka, 2Orkid
6
Suhanawari bt Zainudin
1Seroja, 2Melur
7
Nurzanariah (zana)bt Hamzah
2Teratai, 1Teratai
8


9


10