masjid kita kaku. m.s 134.........

apa yang aku pelajari tidak ada kaitan dengan duniawi langsung. tajuk research=tutuplah aurat mu......
trend belajar dan menuntut ilmu sekarang sudah berubah. tidak menggunakan buku 100%. maklumat akan disimpan dalam notebook. pihak tertentu perlu sedar keperluan orang ramai bahawa masjid bukan sahaja untuk solat tetapi untuk perbincangan ilmiah dan mungkin keperluan sekarang lebih dari itu. memang tulisan DR MAZA kena dengan dunia islam di malaysia yang mempunyai saingan yang hebat antara kemsyuharan shoping kompleks yang semakin tip top dan masjid yang semakin sepi.
Plug yang sama aku guna sebaik sahaja aku selesai sembahyang zohor pukul 3.16 ptg dan terus niat iktiqaf dalam masjid. Dan plug yang sama ada orang guna sebelum aku. Aku tak pasti dari pukul berapa dia guna plug tu.
Aku dah terbiasa belajar begini dan terbawa-bawa
perangai ni semasa di Universiti dulu-dulu. Selepas sembahyang asar aku sambung
kerja aku dgn menggunakan note book yang memang dari tadi terpasang.
Sedang ksuyuk berfikir sambil mengamati tulisan Mohd
Asri Zainul Abidin aku dimarahi oleh perempuan tua dengan nada yang agak tegas
bertanyakan siapa diri aku dan sedang buat apa menggunakan plug n letrik
masjid. Bertubi-tubi Tanya sampai aku langsung tak bersuara seperti budak kecil
yang sedang melakukan kesalahan besar.
Sedih dan rasa terdesaknya aku terpaksa guna kemudahan
masjid. Nak belajar sorang-sorang kat rumah memang sudah pasti aku takkan
belajar. Tidur la jawabnya. Memang aku terpaksa sebab macam ni jela cara aku. Aku
Nak royat aku sedekah ko masjid kata nunjuk pulok. Yang tu tak perlu cerita.
Dengan tegas mak cik tu kata “Bo lah.. tutup letrik
tu. Jak takdi masa mok cik mari maye zohor lagi duk guna”. Maknanya masa zohor
yang guna plug itu adalah aku juga sangkaan mak cik tu. Memang mangsa keadaan
betul. Kata mak cik tu lagi “ Bo bo lah. Ni harta orang ramai. Tok leh guna. Dosa
guna letrik sejid”. Dia dengan selamba pergi macam tu seperti sudah melakukan
tanggungjawab sosial yang amat besar dalam menjaga harta orang ramai. Aduhh air
mata ni bercucuran tak boleh nak bendung lagi. Memang gerenti syurga mak cik
nih.
aduh.. fungsi
masjid yang aku keliru....tulisan DR MAZA m/s 134 ......... mungkin salah
aku.........apa hikmahnya....takkan la aku nak ajok sbutir kampung nak teman
aku wat kijo baru cukup syarat ‘orang ramai’ mugo masjid harta orang ramai n
kalu nak guna kena ada orang ramai. Kalau ada kawan untuk belajar pun berapa
kerat jah yang boleh teman nak belajar sekali supaya ada istilah ‘orang ramai’
atau ‘orang yang ramai’. Tapi memang takde la sebab masing2 lain bidang. Apa
kejadahnya nak belajar sama2. Mungkin boleh belajar sama2 untuk penguat
semangat kalau itulah alasan aku guna masjid atas kepentingan peribadi
‘belajar’ aku. kalau yang berhenti di masjid semata-mata untuk guna air masjid untuk mandi dan buang air macamana pulak?? yang berhenti untuk mandi manda macamana pulak?? memang aku keliru.....
Panjang isu ni sebenarnya. Kalau diikutkan curi
letrik, takkan aku nak uar -uarkan aku menderma di masjid ni.. riak pulak.
Apabila aku menderma sudah tentu aku ada hak guna kemudahan di masjid. Betul
ke??? Kalau diikutkan kata – kata makcik tadi curi letrik masjid adalah berdosa
kerana harta awam dan letrik adalah untuk orang ramai aku ni bukan golongan
orang ramai atau orang awam ke??aku gi stady atau menuntut ilmu di masjid bukan
jihad ke? Dan yang aku tahu salah satu fungsi masjid ialah tempat menuntut ilmu
dan apa guna buku-buku disediakn di setengah-setengah masjid kalau bukan untuk
dibaca di masjid dan baca buku di masjid sudah tentu memerlukan kipas lampu. Kipas
lampu memerlukan letrik. Kalau yang tidur guna kipas masjid tu pulak macam mana
kalau kijo buat belajar aku ni berdosa. Adakah dibolehkan sebab kipas tu
peralatan yang sentiasa diguna maka kita tidak nampak kecurian dan dosa berlaku
di situ. Dan lebih penting aku islam
asal. Kalau mualaf sudah tentu akan terperanjat dengan teguran tu. Aku sendiri
yang tua Bangka ni pun boleh sentap dan menangis. Islam fobia.
Sudut sana dua
orang mak cik tu sedang tidur nyenyak menggunakan kipas masjid. Kalau situasi
macam ni macamana pulak hukumnya....???nak amik gambar mak cik tu aiiiii kena
hempok karang tak pasal2..ada orang tolong bukakan lampu untuk aku,, sekarang
pukul 6.35 petang..aku bergelap sebelum ni. Sebelum tu ada 3 orang student aku
datang sembahyang n tak sangka pulak jumpa dengan cikgu dia yang tolol ni. Apa lagi aku cerita la sedikit apa yang
terjadi sambil berkongsi buku dan pengalaman yang dilalui sebentar tadi.
Lega.. boleh la Nampak aku nak membaca.
Tajuk tulisan Dr. MAZA masjid kita kaku, tidak mesra
pelanggan.
Kata beliau ada juga pihak masjid tidak suka
kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti menggaggu keheningna jemaah.
Dukacita sikap demikian tersimpan dalam perasaan sesetengah orang. Hal ini
kerana sesetengah kita lebih ingin menjga warna karpet baru daripada berkempen
mendapat jemaah baru. Apa pula pendapat Dr MAZA dengan papan tanda yang di tampal
di masjid??
pihak pengurusan masjid berhak untuk menetapkan peraturan tapi amaran yng keras sebegini sudah cukup untuk menggerunkan ibu bapa yang mempunyai anak untuk bawa anak mereka ke masjid.
No comments:
Post a Comment