30.12.2011 terasa nak bangunan macam ni.. tak dapat sebiji macam ni pun dah ok..yang penting ada impian. bangunan aku nanti nak jual apa ya?... kena fikir lagi. lagi dan lagi. risikonya apa ya? kiranya busnes family. ingat tu. semua ada saham atas projek ni.
sementara siap betul2. jual abc dulu
bulan januari 2012, sudah bermula kerja-kerja meruntuhkan tapak rumah asal. kenangan bersama-sama adik beradik sangat banyak. terpaksa korbankan demi hasrat dan impian, yang mengikut peredaran masa. masa mengubah segala-gala. ni dah peringkat 70% hampir siap setelah 10 bulan tukang bertungkus lumus dan aku dan adik beradik berjimat cermat.sekarang bulan 10 2012, cermin dah siap pasang. tingkat atas cermin sudah diukur. tunggu pasang je.
tiang besar ni, ilham dari tukang bangunan ni. semua pelan bangunan tukang yang buat. no idea sebab tak tau sangat pasal bangunan-bangunan ni.
setakat ni, bulan 10. 2012, banyak lagi kerja-kerja menyiapkan rumah kedai ni. membeli-belah dah kurang dah, duit memang 100% untuk bangunan ni. ayah 100% membantu, aku memang tak tahu apa. ayah memang tempat rujukan kami. dia segala-gala. kalau dia kata ok, so ok r, kalau dia diam tu maknanya tak ok r. so jangan pandai-pandai ya.....
sudut pandangan dari sisi. belum siap lagi. kalau ada duit seketul kan bagus.. tunggu gaji je la.....
bagaiman nak memodenkan keseluruhan kawasan kedai dan kedai tu..?