salah seorang murid membalut kotak mineral untuk dijadikan tong sampah- kitar semula. yang pasti tong ini untuk kertas sahaja sebab kertas merupakan benda yang sinonim dengan dunia sekolah.
secara rasminya beberapa tong sampah telah diserahkan kepada salah seorang guru ni yang memang sentiasa mengasingkan barang yang ingin dibuang.
sesi penyerahan tong sampah kitar semula untuk kegunaan di dalam bilik guru. satu untuk kertas dan satu lagi untuk botol mineral. masalahnya sekarang siapa yang akan mengeluarkan sampah dari dalam kotak itu? kena lantik budak dan kena cari tempat untuk meletakkan sampah-sampah tersebut. nak jual ke? setimpal ke hasilnya? orang kata sedikit sedikit lama-lama jadi bukit... dari tidak buat langsung sekurang-kurang ada yang berusaha untuk kebaikan semua demi mendidik masyarakat kearah sayang kepada alam sekitar/.
Puan Norzihan...tersedia ditepi mejanya dua buah tong sampah untuk manfaat guru-guru...
Puan Jawiyah membantu menggubah bunga tulip.........
bunga tulip yang akan diletak di tepi menara berkembar dari botol coca cola. replika simbol kitar semula dan guna semula.....
nampak macam tinggi tapi tinggi lagi harapan murid-murid yang terlibat dengan projek ini. harapan mereka selain dari mendidik masyarakat kearah 3R, sekurang-kurang mereka meninggalkan kenangan manis untuk sekolah mereka. diharap warga SMK Sungai Pelek menjaga hasil seni mereka ini.
semasa proses membina menara dari botol plastik... banyak cabaran terpaksa diharungi terutama dalam situasi kekurangan kemudahan dan bajet yang ciput-ciput je.
tapi aku kagum dengan semangat dan kesungguhan mereka untuk menyiapkan tugasan diberi. dah macam tanggungjawab mereka pulak, kalau tak siap tak boleh tidur. sentiasa fikir siapalah budak-budak yang sampai hati akan rosakkan hasil tangan mereka.....?? tak lena tidur oooooo.....
walapun penat tapi masih ceria dengan seloroh masing-masing.....haha nak tergelak pulak apabila masing-masing berebut-rebut nak warnakan burung pada dinding....
tengok tu, dah diam apabila dah dapat warnakan burung sorang seekor......
salah satu mural yang dah siap...
inilah watak Ali in Wonderland.........haha
No comments:
Post a Comment