Tuesday, March 29, 2011

tak sanggup

sedaya upaya merancang dari awal agar segala-gala berjalan lancar. demi anak didik yang disayangi, pertolongan datang dari segenap sudut, alhamdulillah. kami panjat kesyukuran kepada Mu ya Allah kerana mempermudahkan segala urusan.



pendaftaran peserta kem, bilangan peserta yang sedikit pada awalnya sedikit melemahkan semangat fasi. namun perjuangan perlu diteruskan.

siapa sangka, menjelang petang, bilangan perserta bertambah ramai. akhirnya para guru dan fasi tersenyum puas kerana wajah-wajah anak kesayangan muncul seperti yang diharapkan.
tanpa membuang masa, aktiviti dijalankan seperti yang dirancang. semua ini berkat kesabaran semua.

dua perkataan yang ada dalam fikiran semua guru iaitu..."sayang kamu"...

'sayang kamu' dengan memberi peluang kepada kamu berfikir untuk melakar masa depan yang gemilang. 'sayang kamu' dengan memberi peluang kita berkumpul mencari arah hidup yang sama. 

'sayang kamu' dengan memberi peluang sama-sama kita muhasabah diri kearah mencari jalan hidup yang suci. 'sayang kamu' dengan memahami dunia kamu penuh onak dan duri...

lalu tampil insan yang sudi menjadi cermin mencari diri sendiri... 1. Siapa antara kamu yang pernah memaki gurunya dari belakang? 2. Siapa antara kamu yang pernah bercakap kasar dan membentak dengan ibu bapanya? 3. Siapa antara kamu yang pernah membuat ibunya menangis? 4. Siapa antara kamu yang pagi tadi tidak mengerjakan solat subuh? dan bermacam-macam soalan diajukan untuk mencari siapa kita sebenar...
rupa-rupanya kita meyimpang jauh tanpa sedar..... bimbinglah kami...ya Allah..tunjukkan kami hidayah agar kami jadi insan yang berbudi pekerti unggul..
siapakah antara kamu yang sayang ibu bapanya? semua sayang akan ibu bapa.... begitulah kami...kami amat penyayang....
'sayang kamu'..kami menunggu ketibaan kalian dengan penuh debar agar setiap langkah kamu selamat untuk sampai ke sini

'sayang kamu'..kata kami "  kamu insan terpilih dilapangkan dada oleh Nya untuk datang kemari..."
'sayang kamu'....kami kakak dan abang juga sayang kamu... kami juga akan 'kawan' kamu dan menyayangi kamu..berkawan dan menyayangi serta membimbing..
bimbinglah kami agar kami tidak teraba-raba dalam gulita...sekiranya pandangan kami celik bimbinglah kami agar tidak buta dalam terang.... bimbinglah kami kerana dunia kami penuh onak duri...
bimbinglah kami kerana langkah kami masih jauh dan berliku....bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang...

kami tidak mahu jadi begini nanti........
ya Allah jauhkan lah kami dari jadi begini..




bimbinglah kami kerana langkah kami masih jauh dan berliku....bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang...

justeru, kata sepakat diambil, tulang empat kerat kami gandingkan, pengorbanan luhur kami hulurkan untuk mencapai tangan dan menyentuh hati sanubari kalian....
kami masih gagah berdiri walaupun banyak dugaan dilalui
kami gagah memerah tenaga sebagai ibu memasak untuk anak-anaknya seramai hampir 90 orang...
ibu yang rela dan sentiasa bersedia..
menyediakan keperluan untuk anak-anak
rela meluangkan masa untuk anak-anak
Kem Peribadi Unggul fasa 2, semoga kamu menjadi diri sendiri, yang menjadikan rasul sebagai idol mu.. ibu bapa sebagai tunjang kasih sayangmu... rumahku syurgaku....sekolahku rumah keduaku... agama islam agamaku

Tuesday, March 8, 2011

buah.....buah tangan

Sekadar termampu, dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar yang setia, Mas Arisa(5 Beta) dan Alina(5Pro) maka tercetus idea untuk memberi sesuatu kepada rakan-rakan seperjuangan mereka. Dibekalkan sedikit kesabaran, proses menyiapkan kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar walaupun sedikit rumit.

Program Peribadi Unggul-Perjumpaan kali pertama insyaallah akan diadakan pada 11 Mac ini. Program kali ini untuk muslimah sahaja. Alhamdulillah, ramai yang membantu, semua ini kehendakNya jua. Terima Kasih diucapkan kepada Bakis juga, organisasi menggerakkan umah kearah kecemerlangan. Dalam masa yang sama, Kem Peribadi Unggul untuk muslim akan diadakan pada 11 dan 12 Mac.
Harapan, titipan ini memberi makna dan memberi kesan dan kenangan jangka masa panjang kepada muslimah
ink printer hanya sumbangan kecil sahaja dalam perjuangan ini, namun iktikad terhadap sesuatu program perlu kental kerana setiap usaha pasti ada cabaran,
hadapi cabaran itu tanpa ada keluh kesah
kerana setiap ketentuan itu datang dari yang maha Pencipta
berpesan-pesanlah kepada kesabaran
kerana sebesar zarah kebaikan dilakukan akan dihitung wahai anak-anak, jadi rajin-rajinlah bantu cikgu ya, hihi
agar kita sama-sama menuju kearah yang diredhaiNya
berkat petunjuk dariNya
kita sama-sama mencari penyelesaian yang syumul
kami titipkan ikhlas untuk kamu
kepada muslimah SMKSP, bukakan minda, jernihkan hati untuk mencari sesuatu yang hakiki, bukan sesuatu yang hipokrit bersifat sementara, semasa meniti perjalanan di atas dunia yang fana ini, 

kepada muslimah SMKSP, jangan lupa hadirkan diri ke ' Program Peribadi Unggul' pada 11 mac ini di surau.  
hari jumaat
pada pukul 12.30-1.15 petang.


semoga kita di bawah rahmat Nya selalu....
amin

Wednesday, March 2, 2011

edar dan jahit

Setelah tamat berkempen, mengalah kempen pilihan raya kecil Dun apa entah ni, sehinggakan Bangla kedai kainpun jadi mangsa, maka akhirnya tibalah masa hari pengedaran kain Batik 1 Malaysia...
orang kuat kempen..pengerusi kita..Yat C....?hihi nak tulis takut Bos marah. Tengok gaya Bos berdiri pun SU dah takut..
pekerja ni pun amik kesempatan curi tulang, alasan nak posing maut.
 nak potong kain pun sempat lagi nak berkempen
lagi sekali Bang La ya..

kan aku dah cakap tadi, termasuk pic ni tak tau dah berapa kali Bang La ni pose...tu belum lagi kira pic yang rosak.hihi
"sudah-sudah la tu"...... alamak, bos dah Jeling!

ni pukul berapa mau siap?.. baru pegang kain mau amik gambar, pegang kain mau amik gambar..bila mau potong hah!!
alamak..banyak lagi mau potong....sabar Bos...
jeng..jeng..jeng...yes!!!!! dah siap Bos.....
jom..angkat gi kaunter adik manis ya........








 
proses membungkus


terima kasih tidak terhingga daripada Kelab Keluarga SMKSP 2011.nilai kesepakatan tidak setanding dengan barangan itu

demi keakraban, agenda yang diminitkan cuba direalisasi agar Mat n Mek Jening hanya tercoret dalam catatan Komsas sahaja

kelabu gambar tidak mencerminkan kelabunya hati-hati kami

yang penting hati-hati kami sentiasa seia sekata

hehe..tak tau nak kata apa.hang pa tengok la sendiri..gaya pegang plastik kain macam tak nak lepas je....
 
 birunya kain melambangkan perpaduan antara kita, dalam kelompok yang sekecil ini, kita mampu menyatukan seribu pemikiran, berjuta perasaan, warna-warni pada kain melambangkan dunia kita yang bahagia dan ceria.  
kata sepakat telah ditemui, bersatu hati mencapai visi, keikhlasan sentiasa melingkari, semoga bakti kita semua tetap diberkati

terima kasih tidak terhingga kepada individu yang banyak membantu menjayakan projek ini. samada yang membantu secara langsung dan secara tidak langsung.


kek tiramisu dan kapocino menjadi saksi, nasi goreng kampung dan mee bandung sebagai pilihan, juadah petang yang mengancam gelodak perut yang kelaparan....
ngauman enjin manual menjadi teman
sepanjang perjalanan
ke jackel Shah Alam tempat sasaran
 kerana projek Batik 1 Malaysia jadi igaun...