Sekadar termampu, dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar yang setia, Mas Arisa(5 Beta) dan Alina(5Pro) maka tercetus idea untuk memberi sesuatu kepada rakan-rakan seperjuangan mereka. Dibekalkan sedikit kesabaran, proses menyiapkan kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar walaupun sedikit rumit.
Program Peribadi Unggul-Perjumpaan kali pertama insyaallah akan diadakan pada 11 Mac ini. Program kali ini untuk muslimah sahaja. Alhamdulillah, ramai yang membantu, semua ini kehendakNya jua. Terima Kasih diucapkan kepada Bakis juga, organisasi menggerakkan umah kearah kecemerlangan. Dalam masa yang sama, Kem Peribadi Unggul untuk muslim akan diadakan pada 11 dan 12 Mac.
 |
Harapan, titipan ini memberi makna dan memberi kesan dan kenangan jangka masa panjang kepada muslimah |
 |
ink printer hanya sumbangan kecil sahaja dalam perjuangan ini, namun iktikad terhadap sesuatu program perlu kental kerana setiap usaha pasti ada cabaran, |
 |
hadapi cabaran itu tanpa ada keluh kesah |
 |
kerana setiap ketentuan itu datang dari yang maha Pencipta |
 |
berpesan-pesanlah kepada kesabaran |
 |
kerana sebesar zarah kebaikan dilakukan akan dihitung wahai anak-anak, jadi rajin-rajinlah bantu cikgu ya, hihi |
 |
agar kita sama-sama menuju kearah yang diredhaiNya |
 |
berkat petunjuk dariNya |
 |
kita sama-sama mencari penyelesaian yang syumul |
 |
kami titipkan ikhlas untuk kamu |
 |
kepada muslimah SMKSP, bukakan minda, jernihkan hati untuk mencari sesuatu yang hakiki, bukan sesuatu yang hipokrit bersifat sementara, semasa meniti perjalanan di atas dunia yang fana ini,
kepada muslimah SMKSP, jangan lupa hadirkan diri ke ' Program Peribadi Unggul' pada 11 mac ini di surau.
hari jumaat
pada pukul 12.30-1.15 petang.
semoga kita di bawah rahmat Nya selalu....
amin |
No comments:
Post a Comment