bukan mudah nak ubah sesuatu, namun apa yang ingin diubah masih belum jadi kebiasaan lagi. masih boleh dibentuk melalui suntikan kesedaran...mungkin senang sikit kerja ni...tapi kesabaran perlu ada...kerenah anak didik.....................
gotong-royong hari kedua. tingkatan yang terlibat ialah 5gamma, 5Indeks, dan 5Cempaka.
sambutan sangat memberangsangkan. yang tidak terlibatpun turut serta. terima kasih untuk semua.
Thursday, April 28, 2011
Wednesday, April 27, 2011
korek lubang 27.04.2011
aku tahu blog aku memang membosankan. takde cerita-cerita hiburan. sekadar aktiviti yang tak seberapa yang semua orang boleh buat. tapi sekurang-kurangnya aku lakukan sesuatu untuk kepuasan diri ni.
untuk anak didik....
rasa tak bermakna kalau hanya tahu belajar sahaja tapi keadaan persekitaran tidak terurus. sampah merata-rata tempat malahan terdapat disegenap sudut. tempat yang tidak munasabah untuk diletakkan sampah pun diletaknya sampah. dan yang paling parah, orang yang membuang sampah itu ialah anak didik kita sendiri. gagalkah kita sebagai pendidik untuk menerapkan nilai sayang kepada diri sendiri dan seterusnya alam sekitar? apa akan jadi sekiranya pewaris negara itu mempunyai sikap yang sangat memalukan iaitu suka lepas tangan sahaja. atau tidak bertanggungjawab terhadap persekitaran. atau lebih tepat mementingkan diri sendiri.
![]() |
apa yang penting "kerjasama' |
anda semua memang 'sporting'
masalah 'sampah' perlu ditangani sepanjang masa. kesedaran tentang tanggungjawab terhadap 'sampah' perlu disemai dalam diri remaja. tidak cukup dengan rasa sedih dan kesal sahaja. langkah proaktif perlu diambil dengan segera agar masalah ini tidak menjadi virus yang menular begitu cepat dalam kalangan warga sekolah.
Saturday, April 9, 2011
kejayaan adalah apa-apa yang kita usahakan
![]() |
Perjumpaan pelajar master dan PhD di fakulti Pengajian Pendidikan di UPM |
![]() |
pertemuan pertama bakal menyusul pertemuan seterusnya........dan seterusnya.. |
![]() |
Beliau (Dr. Fadzilah bt Abdul Rahman) seorang yang sangat empati dan prihatin....menyuntik semangat agar bangkit meneruskan perjuangan... |
![]() |
harap-harap fb ini dapat mengumpulkan semua pelajar PBMP dan Pendidikan Sastera, di sini hanya ditulis siswazah PBMP kerana sastera dan bahasa memang satu dan saling berkait, |
Wednesday, April 6, 2011
keyakinan diri membentuk peribadi berani
selesai sudah aktiviti pertandingan syarahan yang berlansung pada 6 April 2011...
hari yang ditunggu-tunggu oleh individu yang berani dan berkeyakinan tinggi ![]() |
fuhhh...tengok ke gaya salah seorang hakim ni, Pn.Masturah bt Ahmad para peserta kecut perut...hihi |
![]() |
tambah kecut perut apabila melihat 'keseriusan' hakim yang bertudung merah ni, Puan Siti Zaikiah bt Ahmad yang berpengalaman sudah bertahun-tahun menjadi hakim untuk pertandingan syarahan |
![]() |
sokongan kawan-kawan sangat penting untuk mengatasi masalah darah gemuruh dan lupa skrip...hihi |
![]() |
masa-masa begini cikgu pun gemuruh juga. peserta sangat bersemangat dan semuanya menaruh harapan untuk menang |
![]() |
para peserta sedang menunggu giliran dengan penuh sabar dan bersemangat |
![]() |
tetap cool walaupun terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai pendeklamasi sajak bertajuk 'BAHASA' dalam sketsa tadi |
![]() |
"kami akan cuba sedaya upaya kami cikgu" |
![]() |
apapun kami akan cuba menyertai apa-apa sahaja pertandingan yang dianjurkan |
![]() |
sesuai dengan tema hari ini iaitu keyakinan diri membentuk peribadi berani |
![]() |
kami tekun mengingat apa yang cuba disampaikan |
![]() |
namun, adakalanya kami lupa.. maafkan kami, yang penting kami mencuba |
![]() |
justeru, perkataan syabas dan tahniah tidak putus-putus keluar dari mulut guru kerana kamu berani dan berkeyakinan tinggi |
![]() |
tiba sudah giliran pengerusi majlis, |
![]() |
dan ini salah seorang peserta yang mantap pengucapannya. begitu lancar bahasanya |
![]() |
dan ini salah seorang peserta yang berani mencuba. tahniah! |
![]() |
yang ini juga baik pengucapannya, lancar tutur bicara |
![]() |
begitu juga dengan pelajar ini |
maka, kami sudah terjumpa berlian yang perlu digilap agar lebih bercahaya kilauannya... tahniah!
Subscribe to:
Posts (Atom)