Wednesday, April 27, 2011

korek lubang 27.04.2011

aku tahu blog aku memang membosankan. takde cerita-cerita hiburan. sekadar aktiviti yang tak seberapa yang semua orang boleh buat. tapi sekurang-kurangnya aku lakukan sesuatu untuk kepuasan diri ni.
untuk anak didik....
rasa tak bermakna kalau hanya tahu belajar sahaja tapi keadaan persekitaran tidak terurus. sampah merata-rata tempat malahan terdapat disegenap sudut. tempat yang tidak munasabah untuk diletakkan sampah pun diletaknya sampah. dan yang paling parah, orang yang membuang sampah itu ialah anak didik kita sendiri. gagalkah kita sebagai pendidik untuk menerapkan nilai sayang kepada diri sendiri dan seterusnya alam sekitar?  apa akan jadi sekiranya pewaris negara itu mempunyai sikap yang sangat memalukan iaitu suka lepas tangan sahaja. atau tidak bertanggungjawab terhadap persekitaran. atau lebih tepat mementingkan diri sendiri.
Hari ini (24.04.2011) seluruh dunia merayakan Hari Bumi bertemakan ‘Billion Acts of Green Campaign’
apa yang penting "kerjasama'


anda semua memang 'sporting'









masalah 'sampah' perlu ditangani sepanjang masa. kesedaran tentang tanggungjawab terhadap 'sampah' perlu disemai dalam diri remaja. tidak cukup dengan rasa sedih dan kesal sahaja. langkah proaktif perlu diambil dengan segera agar masalah ini tidak menjadi virus yang menular begitu cepat dalam kalangan warga sekolah.

No comments:

Post a Comment