Monday, November 17, 2014

Peristiwa yang panas-panas berlaku kepada aku sendiri sebaik sahaja membaca buku tulisan Mohd Asri Zainul Abidin. Seperti peristiwa ini mengiyakan apa yang dikata oleh beliau. Fungsi masjid.. walaupun yang baru berlaku ini melibatkan aku seorang dan aku merupakan sedikit mangsa keadaan. tajuk buku : Mengemudi bahtera perubahan minda
masjid kita kaku. m.s 134.........



 apa yang aku pelajari tidak ada kaitan dengan duniawi langsung. tajuk research=tutuplah aurat mu......

trend belajar dan menuntut ilmu sekarang sudah berubah. tidak menggunakan buku 100%. maklumat akan disimpan dalam notebook. pihak tertentu perlu sedar keperluan orang ramai bahawa masjid bukan sahaja untuk solat tetapi untuk perbincangan ilmiah dan mungkin keperluan sekarang lebih dari itu. memang tulisan DR MAZA kena dengan dunia islam di malaysia yang mempunyai saingan yang hebat antara kemsyuharan shoping kompleks yang semakin tip top dan masjid yang semakin sepi. 

Plug yang sama aku guna sebaik sahaja aku selesai sembahyang zohor pukul 3.16 ptg dan terus niat iktiqaf dalam masjid. Dan plug yang sama ada orang guna sebelum aku. Aku tak pasti dari pukul berapa dia guna plug tu.
Aku dah terbiasa belajar begini dan terbawa-bawa perangai ni semasa di Universiti dulu-dulu. Selepas sembahyang asar aku sambung kerja aku dgn menggunakan note book yang memang dari tadi terpasang.
Sedang ksuyuk berfikir sambil mengamati tulisan Mohd Asri Zainul Abidin aku dimarahi oleh perempuan tua dengan nada yang agak tegas bertanyakan siapa diri aku dan sedang buat apa menggunakan plug n letrik masjid. Bertubi-tubi Tanya sampai aku langsung tak bersuara seperti budak kecil  yang sedang melakukan kesalahan besar.
Sedih dan rasa terdesaknya aku terpaksa guna kemudahan masjid. Nak belajar sorang-sorang kat rumah memang sudah pasti aku takkan belajar. Tidur la jawabnya. Memang aku terpaksa sebab macam ni jela cara aku. Aku Nak royat aku sedekah ko masjid kata nunjuk pulok. Yang tu tak perlu cerita.


Dengan tegas mak cik tu kata “Bo lah.. tutup letrik tu. Jak takdi masa mok cik mari maye zohor lagi duk guna”. Maknanya masa zohor yang guna plug itu adalah aku juga sangkaan mak cik tu. Memang mangsa keadaan betul. Kata mak cik tu lagi “ Bo bo lah. Ni harta orang ramai. Tok leh guna. Dosa guna letrik sejid”. Dia dengan selamba pergi macam tu seperti sudah melakukan tanggungjawab sosial yang amat besar dalam menjaga harta orang ramai. Aduhh air mata ni bercucuran tak boleh nak bendung lagi. Memang gerenti syurga mak cik nih.


 Apa hikmahnya aku macam ni. Baru nak mendekatkan diri dengan masjid setelah sekian lama. Masa ni la salah satu caranya yang aku nak menjinakkan diri. Aku dah mula buat penilaian yang salah semasa sedang marah. Tapi aku berjaya pujuk diri aku. Sebaik sahaja sedang memujuk diri datang la lelaki yang pada anggapan aku bertugas dalam masjid ni, aku terus mengambil kesempatan untuk meminta izin menggunakankan plug ni. Menggunakan bahasa seperti makhluk yang terdesak yang memerlukan simpati dah ekhsan agar diberi keizinan untuk menggunakan plug ni.. dengan lembut dia kata “buleh”. Aku lega.

aduh.. fungsi masjid yang aku keliru....tulisan DR MAZA m/s 134 ......... mungkin salah aku.........apa hikmahnya....takkan la aku nak ajok sbutir kampung nak teman aku wat kijo baru cukup syarat ‘orang ramai’ mugo masjid harta orang ramai n kalu nak guna kena ada orang ramai. Kalau ada kawan untuk belajar pun berapa kerat jah yang boleh teman nak belajar sekali supaya ada istilah ‘orang ramai’ atau ‘orang yang ramai’. Tapi memang takde la sebab masing2 lain bidang. Apa kejadahnya nak belajar sama2. Mungkin boleh belajar sama2 untuk penguat semangat kalau itulah alasan aku guna masjid atas kepentingan peribadi ‘belajar’ aku. kalau yang berhenti di masjid semata-mata untuk guna air masjid untuk mandi dan buang air macamana pulak?? yang berhenti untuk mandi manda macamana pulak?? memang aku keliru..... 
Panjang isu ni sebenarnya. Kalau diikutkan curi letrik, takkan aku nak uar -uarkan aku menderma di masjid ni.. riak pulak. Apabila aku menderma sudah tentu aku ada hak guna kemudahan di masjid. Betul ke??? Kalau diikutkan kata – kata makcik tadi curi letrik masjid adalah berdosa kerana harta awam dan letrik adalah untuk orang ramai aku ni bukan golongan orang ramai atau orang awam ke??aku gi stady atau menuntut ilmu di masjid bukan jihad ke? Dan yang aku tahu salah satu fungsi masjid ialah tempat menuntut ilmu dan apa guna buku-buku disediakn di setengah-setengah masjid kalau bukan untuk dibaca di masjid dan baca buku di masjid sudah tentu memerlukan kipas lampu. Kipas lampu memerlukan letrik. Kalau yang tidur guna kipas masjid tu pulak macam mana kalau kijo buat belajar aku ni berdosa. Adakah dibolehkan sebab kipas tu peralatan yang sentiasa diguna maka kita tidak nampak kecurian dan dosa berlaku di situ.  Dan lebih penting aku islam asal. Kalau mualaf sudah tentu akan terperanjat dengan teguran tu. Aku sendiri yang tua Bangka ni pun boleh sentap dan menangis. Islam fobia.

 Sudut sana dua orang mak cik tu sedang tidur nyenyak menggunakan kipas masjid. Kalau situasi macam ni macamana pulak hukumnya....???nak amik gambar mak cik tu aiiiii kena hempok karang tak pasal2..ada orang tolong bukakan lampu untuk aku,, sekarang pukul 6.35 petang..aku bergelap sebelum ni. Sebelum tu ada 3 orang student aku datang sembahyang n tak sangka pulak jumpa dengan cikgu dia yang tolol ni.  Apa lagi aku cerita la sedikit apa yang terjadi sambil berkongsi buku dan pengalaman yang dilalui sebentar tadi.

Lega.. boleh la Nampak aku nak membaca.
Tajuk tulisan Dr. MAZA masjid kita kaku, tidak mesra pelanggan.
Kata beliau ada juga pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti menggaggu keheningna jemaah. Dukacita sikap demikian tersimpan dalam perasaan sesetengah orang. Hal ini kerana sesetengah kita lebih ingin menjga warna karpet baru daripada berkempen mendapat jemaah baru. Apa pula pendapat Dr MAZA dengan papan tanda yang di tampal di masjid??


pihak pengurusan masjid berhak untuk menetapkan peraturan tapi amaran yng keras sebegini sudah cukup untuk menggerunkan ibu bapa yang mempunyai anak untuk bawa anak mereka ke masjid. 

Saturday, April 12, 2014

pasti dan yakin memang untuk engkau..Masjid Tualang Rendah, Pasir Puteh, Kelantan

kepuasan yang aku dapat berganda apabila dapat melakukan ini semua. seronok, rasa terbuka minda dan dada tapi persiapan dari segi mental dan fizikals angat-sangat diperlukan untuk menyiapkan apa yang aku mahu lakukan. penat bukan halangan lagi yang penting idea yang keluar mesti direalisasikan untuk meringankan bebanan minda.



menikmati hiburan..buku tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang bertajuk Mengemudi Bahtera Perubahan Minda iaitu Baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. ini seperti hadis al-Bukhari. kata Aisyah r.a
 " suatu hari Rasulullah SAW berada di pintu bilikku, ketika itu orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka sehingga aku bosan. Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan".

Hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang ditetapkan. Hal ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh pelbagai situasi dan keadaan. kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan urusan hidup. juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau hari raya (  Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang bertajuk Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. m.s 161-162)