Wednesday, December 1, 2010

Kadet Polis SMKSP: "mustahil diulang, tapi tunggulah kemunculan yang seterusnya

mengharap AJK yang berkaliber pada tahun hadapan...
terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terlibat
harapan untuk hasilkan majalah Kadet Polis tidak kesampaian
dengan adanya ruangan ini diharap dapat menggantikan hasrat yang tidak kesampaian

aktiviti kumpulan sangat penting untuk memupuk sikap kerjasama antara murid

setia menunggu arahan fasi

ahli kumpulan terdiri daripada pelbagai peringkat umur

sedang berbincang antara satu sama lain untuk malam kebudayaan


penceramah yang dijemput khas dari Balai Polis Sungai Pelek

dalam dewan kuliah untuk mendengar ceramah

sedang mendengar ceramah

orang berbudi kita berbahasa, orang sudi datang kita teruja

"sedang buat joke apa cikgu pun tak ingat"

tak sabar-sabar nak serahkan microfon kepada penceramah



cikgu Kurunatahan dan cik Lalitha sentiasa menemani ahli Kadet Polis sepanjang aktiviti

pembentangan hasil kerja kumpulan

pembentangan hasil kerja kumpulan

pembentangan hasil kerja kumpulan

pembentangan hasil kerja kumpulan

pembentangan hasil kerja kumpulan

tepuk sorak kumpulan

tepuk sorak kumpulan tanda semangat

tepuk sorak kumpulan tanda semangat

aktiviti kumpulan






pertandingan memasak


AJK yang bersemangat dan berkaliber



zaiton...walapun garang tapi adik-adik sangat respect kepadanya..

pengumuman pemenang untuk aktiviti kumpulan dan malam kebudayaan


AJK kepenatan. berjaga lewat malam untuk memastikan ahli sentiasa berada dalam keadaan selamat

bukan nak menyanyi tetapi AJK ni nak menyampaikan pesanan kepada adik-adik

sedih setelah aktiviti hampir kepenghujung

kena dendapun masih lagi gembira dengan aktiviti mereka

kenangan yang tidak dapat dilupakan
Penglibatan AJK dan semua: didahului dengan ucapan terima kasih

Wednesday, November 24, 2010

Mok, yolo ko ni buahnya..............????

Sebenarnya gelaran 'mok' dipanggil untuk nenek aku..dah memang tu yang aku panggil sejak kami kecil..
... maka pantun ni daripada mok(nenek) aku la.. masa tu dia duk potpet-potpet duk sebut pantun ni dan macam-macam lagi pantun yang dia ingat. aku tau pantun ni pun memang famous juga...

Pantun
Sorong papan tarik papan, buah keranji atas perahu,
Suruh makan saya makan, suruh mengaji saya tak tahu.


Aku teringat pantun ni apabila terbeli seplastik buah  ni dalam perjalanan balik ke Kelantan. Memang aku biasa makan pun buah ni. Tapi aku tak terfikir betapa orang tua-tua dulu terlalu peka dengan alam sekelilingnya sehinggakan terbit pantun yang mempunyai unsur alam ini.  Aku tertanya sendiri, betul ke buah ini yang dimaksudkan...?? kalau betul la, maka aku berbesar hati nak perkenalkan buah ni kepada siapa-siapa yang belum pernah tengok dan belum pernah makan buah ini.

http://colinjong.com/
 ni ke buah keranji yang dimaksudkan oleh orang dulu-dulu?? aku pun tak pasti...


rasanya masam-masam..
Buah ni terdapat dalam perlbagai rupa. Ada yang berbulu dan saiz lebih besar sedikit daripada yang ini, ada yang hitam macam ni sahaja..






Friday, November 12, 2010

Teraba-raba..................tak sengaja.............keadaan memang begini...

Teraba-raba.................. tak sengaja............. atau keadaan memang begini...

tak juga....kita dah diberi akal...
kita dah boleh fikir
kita dah boleh fikir apa yang 

kenapa mahu diturutkan 
apa yang orang buat
kenapa mesti diikutkan apa yang orang pakai
sedangkan otak boleh pikir 
tu bukan budaya kita
tu bukan amalan kita
tu bukan tradisi kita
kenapa bagi peluang
orang eskploitasi dan meratah jiwa kita

mengapa kita biarkan orang lain menyepak 
budaya kita
merampas apa yang kita ada
sehingga ada yang terlupa asal usul sendiri
kerana terlalu mendabik dada menjulang dan menjunjung 
budaya entah dari mana asal usulnya
sehingga sanggup menolak kebenaran dalam celik
sehingga ada yang buta dalam cahaya

Thursday, November 11, 2010

Kagum - Tingkah Laku Pelajar yang Sopan

apa peranan kita untuk lahirkan pelajar yang sopan tutur kata
halus butir bicara
lembut tutur kata dalam melontarkan amarah
benamkan jauh-jauh butir bicara
tak bertamadun dan tak beradab
jadikan anak didik yang lembut tutur kata
mengatur bicara umpama rantaian mutiara
yang disulam indah
menjadi identiti kelangsungan bangsa yang berjiwa merdeka
siapa lagi kalau bukan kita yang mulakan
mari berbahasa sebaiknya
sudah disiram dalam minda pelajar

apa lagi peranan kita
teruskan usaha
positifkan minda
kerana dunia kita dunia yang mulia...
bertuturlah sebaiknya
andai kata itu yang menyenangkan minda
tak rugi kalau kita yang kedepan berbicara
sebaiknya.............


Wednesday, November 10, 2010

Susah ke nak jadi diri sendiri

sekali fikir terlalu banyak kerja yang tak mampu dilunaskan untuk anak-anak bangsa..
terlalu mengejar silibus yang banyak bertunjangkan duniawi menyebabkan anak bangsa
lalai..
ralik dibuai mimpi keselesaan yang diwariskan 
kesenangan yang terhidang 
tidak perlu mereka fikir lagi tugas yang perlu dipikul


jiwa kosong 
setakat berbekal ilmu di alam kanak-kanak
mengaji al-quran sekadar mengenal huruf
tanpa mendalami maksud dan seruan ajaran sebenar
maka adakah mampu generasi ini
membawa alam dihuni dengan cara yang luhur dan 
kudus
atau lahirnya anak bangsa yang tak kesah
dengan nasib anak bangsa sendiri


sikap tak kesah 
menerima apa sahaja yang sumbang dari dunia luar
dan tidak sedar apa yang diterima adalah sumbang
lagi parah kerana dunia akan mentertawakan 
dalam diam 
maka pendajalan demi pendajalan akan cuba
dilontarkan 
lantaran terlalu senang anak bangsa menjulangnya 

usaha perlu seiring
tunjang keluarga perlu utuh
kembali ke jalan yang benar
tidak perlu bertunjangkan kepura-puraan
dalam mencanai keperibadian anak-anak

pemikiran perlu keras dalam menepis pendajalan
jangan sesekali mengiyakan yang salah
jangan sesekali mempertahankan yang pincang
jangan sesekali menidakkan hukum pencipta
jangan sesekali membutakan mata tentang hak anak-anak
jangan sesekali butakan hati kerana tewas dengan tuntutan permainan duniawi
ini bukan anak bangsaku!!





saat remaja dahagakan bimbingan..hulurlah tangan untuk bawa mereka ke jalan yang benar



bimbinglah mereka, berilah mereka jalan yang sebetulnya tanpa
 ada prajudis-dalam pemikiran,
 perbezaan politik dan aliran...

Monday, November 8, 2010

Kempen Sampah Sifar

kempen kesedaran demi kepentingan anak bangsa
tidak mahu dicop anak bangsaku minda kelas ketiga
ku titihkan usaha
agar mereka sedar apa
yang perlu dan patut mereka lunaskan untuk bumi tercinta
penyambung generasi akan datang 
mempunyai nurani cintakan kesegaran ibu pertiwi
 tenaga disumbang pelajar, mengubah keadaan asal yang suram 
menjadi lebih bermakna dan berguna
usaha murni anak didik
mencurah keringat
tanpa mengenal lelah dan cemar
bertungkus lumus menyiapkan tugasan
demi sekolah tercinta dan sekelumit
ruang untuk mencari dan menabur ilham
untuk alam yang dipinjam
langkah diorak bicara diatur
menyampai misi, matlamat ditabur
harapan rakan sebaya dan warga membuka mata
semua hanya pinjaman yang perlu
dijaga

sedar setiap usaha ada cabarannya
kami terima dengan hati terbuka 
kerana keihklasan di hati
tunjang perjuangan kami 4beta
dan rakan-rakan seangkatan
diharap yang punya angkara
terbuka hatinya dan sedar akan kekhilafan
yang dilakukan.. 



......KAMI PELAJAR YANG MENJALANKAN KEMPEN SAMPAH SIFAR SENTIASA SABAR DAN IKHLAS MELAKUKAN KERJA KAMI. CABARAN YANG DIHADAPI, KAMI TERIMA DENGAN RELA, DENGAN HARAPAN YANG PUNYA ANGKARA SEDAR AKAN PERBUATANNYA........ 
kempen kesedaran demi kepentingan anak bangsa
 silapku tak mengambil kudrat mereka untuk disalur ke jalan yang molek...
sukar mencari mereka ibarat mengutip semut dalam beras 
perkara sebegini akan berlaku di mana-mana
lantaran mereka tidak sedar
yang disepak terajang itu hak milik mereka jua.....


Apa pula program yang sesuai kami lakukan selepas ini?
Atau mahu dibiarkan sahaja permasalahan ini berterusan?