terlalu mengejar silibus yang banyak bertunjangkan duniawi menyebabkan anak bangsa
lalai..
ralik dibuai mimpi keselesaan yang diwariskan
kesenangan yang terhidang
tidak perlu mereka fikir lagi tugas yang perlu dipikul
jiwa kosong
setakat berbekal ilmu di alam kanak-kanak
mengaji al-quran sekadar mengenal huruf
tanpa mendalami maksud dan seruan ajaran sebenar
maka adakah mampu generasi ini
membawa alam dihuni dengan cara yang luhur dan
kudus
atau lahirnya anak bangsa yang tak kesah
dengan nasib anak bangsa sendiri
sikap tak kesah
menerima apa sahaja yang sumbang dari dunia luar
dan tidak sedar apa yang diterima adalah sumbang
lagi parah kerana dunia akan mentertawakan
dalam diam
maka pendajalan demi pendajalan akan cuba
dilontarkan
lantaran terlalu senang anak bangsa menjulangnya
usaha perlu seiring
tunjang keluarga perlu utuh
kembali ke jalan yang benar
tidak perlu bertunjangkan kepura-puraan
dalam mencanai keperibadian anak-anak
pemikiran perlu keras dalam menepis pendajalan
jangan sesekali mengiyakan yang salah
jangan sesekali mempertahankan yang pincang
jangan sesekali menidakkan hukum pencipta
jangan sesekali membutakan mata tentang hak anak-anak
jangan sesekali butakan hati kerana tewas dengan tuntutan permainan duniawi
![]() |
ini bukan anak bangsaku!! |
![]() |
saat remaja dahagakan bimbingan..hulurlah tangan untuk bawa mereka ke jalan yang benar |
![]() |
bimbinglah mereka, berilah mereka jalan yang sebetulnya tanpa ada prajudis-dalam pemikiran, perbezaan politik dan aliran... |
No comments:
Post a Comment