Wednesday, November 24, 2010

Mok, yolo ko ni buahnya..............????

Sebenarnya gelaran 'mok' dipanggil untuk nenek aku..dah memang tu yang aku panggil sejak kami kecil..
... maka pantun ni daripada mok(nenek) aku la.. masa tu dia duk potpet-potpet duk sebut pantun ni dan macam-macam lagi pantun yang dia ingat. aku tau pantun ni pun memang famous juga...

Pantun
Sorong papan tarik papan, buah keranji atas perahu,
Suruh makan saya makan, suruh mengaji saya tak tahu.


Aku teringat pantun ni apabila terbeli seplastik buah  ni dalam perjalanan balik ke Kelantan. Memang aku biasa makan pun buah ni. Tapi aku tak terfikir betapa orang tua-tua dulu terlalu peka dengan alam sekelilingnya sehinggakan terbit pantun yang mempunyai unsur alam ini.  Aku tertanya sendiri, betul ke buah ini yang dimaksudkan...?? kalau betul la, maka aku berbesar hati nak perkenalkan buah ni kepada siapa-siapa yang belum pernah tengok dan belum pernah makan buah ini.

http://colinjong.com/
 ni ke buah keranji yang dimaksudkan oleh orang dulu-dulu?? aku pun tak pasti...


rasanya masam-masam..
Buah ni terdapat dalam perlbagai rupa. Ada yang berbulu dan saiz lebih besar sedikit daripada yang ini, ada yang hitam macam ni sahaja..






No comments:

Post a Comment