Monday, November 8, 2010

Sokongan tidak berbelah bahagi untuk sebarang acara yang disertai...

semoga mereka menjadi insan yang berguna.. kami hanya berdiri di belakang seketika cuma
selebihnya pilihlah jalan sendiri bertunjangkan ilmu yang dipelajari




Kedudukan

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:
Kedudukan bola jaring↓
Nama kedudukanSingkatanLawanKawasan dibenarkan
Goal ShooterGSGoal Keeper.Attacking third, including goal circle
Goal AttackGAGoal DefenceAttacking and centre thirds, including the goal circle
Wing AttackWAWing DefenceAttacking and centre thirds, but not the goal circle
CentreCCentreAttacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles
Wing DefenceWDWing AttackCentre and defending thirds, but not the goal circle
Goal DefenceGDGoal AttackCentre and defending thirds, including the goal circle
Goal KeeperGKGoal ShooterDefending third, including the goal circle

STRATEGI PERMAINAN

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment