Wednesday, November 24, 2010

Mok, yolo ko ni buahnya..............????

Sebenarnya gelaran 'mok' dipanggil untuk nenek aku..dah memang tu yang aku panggil sejak kami kecil..
... maka pantun ni daripada mok(nenek) aku la.. masa tu dia duk potpet-potpet duk sebut pantun ni dan macam-macam lagi pantun yang dia ingat. aku tau pantun ni pun memang famous juga...

Pantun
Sorong papan tarik papan, buah keranji atas perahu,
Suruh makan saya makan, suruh mengaji saya tak tahu.


Aku teringat pantun ni apabila terbeli seplastik buah  ni dalam perjalanan balik ke Kelantan. Memang aku biasa makan pun buah ni. Tapi aku tak terfikir betapa orang tua-tua dulu terlalu peka dengan alam sekelilingnya sehinggakan terbit pantun yang mempunyai unsur alam ini.  Aku tertanya sendiri, betul ke buah ini yang dimaksudkan...?? kalau betul la, maka aku berbesar hati nak perkenalkan buah ni kepada siapa-siapa yang belum pernah tengok dan belum pernah makan buah ini.

http://colinjong.com/
 ni ke buah keranji yang dimaksudkan oleh orang dulu-dulu?? aku pun tak pasti...


rasanya masam-masam..
Buah ni terdapat dalam perlbagai rupa. Ada yang berbulu dan saiz lebih besar sedikit daripada yang ini, ada yang hitam macam ni sahaja..






Friday, November 12, 2010

Teraba-raba..................tak sengaja.............keadaan memang begini...

Teraba-raba.................. tak sengaja............. atau keadaan memang begini...

tak juga....kita dah diberi akal...
kita dah boleh fikir
kita dah boleh fikir apa yang 

kenapa mahu diturutkan 
apa yang orang buat
kenapa mesti diikutkan apa yang orang pakai
sedangkan otak boleh pikir 
tu bukan budaya kita
tu bukan amalan kita
tu bukan tradisi kita
kenapa bagi peluang
orang eskploitasi dan meratah jiwa kita

mengapa kita biarkan orang lain menyepak 
budaya kita
merampas apa yang kita ada
sehingga ada yang terlupa asal usul sendiri
kerana terlalu mendabik dada menjulang dan menjunjung 
budaya entah dari mana asal usulnya
sehingga sanggup menolak kebenaran dalam celik
sehingga ada yang buta dalam cahaya

Thursday, November 11, 2010

Kagum - Tingkah Laku Pelajar yang Sopan

apa peranan kita untuk lahirkan pelajar yang sopan tutur kata
halus butir bicara
lembut tutur kata dalam melontarkan amarah
benamkan jauh-jauh butir bicara
tak bertamadun dan tak beradab
jadikan anak didik yang lembut tutur kata
mengatur bicara umpama rantaian mutiara
yang disulam indah
menjadi identiti kelangsungan bangsa yang berjiwa merdeka
siapa lagi kalau bukan kita yang mulakan
mari berbahasa sebaiknya
sudah disiram dalam minda pelajar

apa lagi peranan kita
teruskan usaha
positifkan minda
kerana dunia kita dunia yang mulia...
bertuturlah sebaiknya
andai kata itu yang menyenangkan minda
tak rugi kalau kita yang kedepan berbicara
sebaiknya.............


Wednesday, November 10, 2010

Susah ke nak jadi diri sendiri

sekali fikir terlalu banyak kerja yang tak mampu dilunaskan untuk anak-anak bangsa..
terlalu mengejar silibus yang banyak bertunjangkan duniawi menyebabkan anak bangsa
lalai..
ralik dibuai mimpi keselesaan yang diwariskan 
kesenangan yang terhidang 
tidak perlu mereka fikir lagi tugas yang perlu dipikul


jiwa kosong 
setakat berbekal ilmu di alam kanak-kanak
mengaji al-quran sekadar mengenal huruf
tanpa mendalami maksud dan seruan ajaran sebenar
maka adakah mampu generasi ini
membawa alam dihuni dengan cara yang luhur dan 
kudus
atau lahirnya anak bangsa yang tak kesah
dengan nasib anak bangsa sendiri


sikap tak kesah 
menerima apa sahaja yang sumbang dari dunia luar
dan tidak sedar apa yang diterima adalah sumbang
lagi parah kerana dunia akan mentertawakan 
dalam diam 
maka pendajalan demi pendajalan akan cuba
dilontarkan 
lantaran terlalu senang anak bangsa menjulangnya 

usaha perlu seiring
tunjang keluarga perlu utuh
kembali ke jalan yang benar
tidak perlu bertunjangkan kepura-puraan
dalam mencanai keperibadian anak-anak

pemikiran perlu keras dalam menepis pendajalan
jangan sesekali mengiyakan yang salah
jangan sesekali mempertahankan yang pincang
jangan sesekali menidakkan hukum pencipta
jangan sesekali membutakan mata tentang hak anak-anak
jangan sesekali butakan hati kerana tewas dengan tuntutan permainan duniawi
ini bukan anak bangsaku!!





saat remaja dahagakan bimbingan..hulurlah tangan untuk bawa mereka ke jalan yang benar



bimbinglah mereka, berilah mereka jalan yang sebetulnya tanpa
 ada prajudis-dalam pemikiran,
 perbezaan politik dan aliran...

Monday, November 8, 2010

Kempen Sampah Sifar

kempen kesedaran demi kepentingan anak bangsa
tidak mahu dicop anak bangsaku minda kelas ketiga
ku titihkan usaha
agar mereka sedar apa
yang perlu dan patut mereka lunaskan untuk bumi tercinta
penyambung generasi akan datang 
mempunyai nurani cintakan kesegaran ibu pertiwi
 tenaga disumbang pelajar, mengubah keadaan asal yang suram 
menjadi lebih bermakna dan berguna
usaha murni anak didik
mencurah keringat
tanpa mengenal lelah dan cemar
bertungkus lumus menyiapkan tugasan
demi sekolah tercinta dan sekelumit
ruang untuk mencari dan menabur ilham
untuk alam yang dipinjam
langkah diorak bicara diatur
menyampai misi, matlamat ditabur
harapan rakan sebaya dan warga membuka mata
semua hanya pinjaman yang perlu
dijaga

sedar setiap usaha ada cabarannya
kami terima dengan hati terbuka 
kerana keihklasan di hati
tunjang perjuangan kami 4beta
dan rakan-rakan seangkatan
diharap yang punya angkara
terbuka hatinya dan sedar akan kekhilafan
yang dilakukan.. 



......KAMI PELAJAR YANG MENJALANKAN KEMPEN SAMPAH SIFAR SENTIASA SABAR DAN IKHLAS MELAKUKAN KERJA KAMI. CABARAN YANG DIHADAPI, KAMI TERIMA DENGAN RELA, DENGAN HARAPAN YANG PUNYA ANGKARA SEDAR AKAN PERBUATANNYA........ 
kempen kesedaran demi kepentingan anak bangsa
 silapku tak mengambil kudrat mereka untuk disalur ke jalan yang molek...
sukar mencari mereka ibarat mengutip semut dalam beras 
perkara sebegini akan berlaku di mana-mana
lantaran mereka tidak sedar
yang disepak terajang itu hak milik mereka jua.....


Apa pula program yang sesuai kami lakukan selepas ini?
Atau mahu dibiarkan sahaja permasalahan ini berterusan?

Mencurah ilham pada dinding..mural pendidikan

Serah sahaja tugasan, pelajar pasti siapkan...kadang-kadang melebihi apa yang dijangkakan
adakah ini bakat, atau keinginan yang bersulam dengan usaha
serta kesungguhan??? 
sedikit sahaja yang mampu dipaparkan di sini
banyak lagi sumbangan mereka yang tidak terakam dilensa kamera
lantas terlalu sibuk memikirkan 
date line menyiapkan tugasan mereka..
 yang pasti keikhlasan dari hati menerbitkan rasa
puas di hati dalam diri......

Sokongan tidak berbelah bahagi untuk sebarang acara yang disertai...

semoga mereka menjadi insan yang berguna.. kami hanya berdiri di belakang seketika cuma
selebihnya pilihlah jalan sendiri bertunjangkan ilmu yang dipelajari




Kedudukan

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:
Kedudukan bola jaring↓
Nama kedudukanSingkatanLawanKawasan dibenarkan
Goal ShooterGSGoal Keeper.Attacking third, including goal circle
Goal AttackGAGoal DefenceAttacking and centre thirds, including the goal circle
Wing AttackWAWing DefenceAttacking and centre thirds, but not the goal circle
CentreCCentreAttacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles
Wing DefenceWDWing AttackCentre and defending thirds, but not the goal circle
Goal DefenceGDGoal AttackCentre and defending thirds, including the goal circle
Goal KeeperGKGoal ShooterDefending third, including the goal circle

STRATEGI PERMAINAN

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Secebis perananku, sebagai ibu kepada mereka selagi berada di bawah jagaanku

Kem Kadet Polis-Zaiton Bibi dan kuncu-kuncunya....hehe..terima kasih tidak terhingga untuk mereka kerana berjaya mencipta kenangan terindah....

waktu ini juga terserlah sikap mereka yang memang semulajadi pandai berdikari
saling menjaga antara satu sama lain
yang besar menjaga yang kecil
pergi ke sana ke mari berteman
bimbang keselamatan diri walhal
dalam sekolah sudah tentu keadaan lebih selamat 
jika dibandingkan dengan aktiviti di luar sekolah
namun, sikap prihatin mereka mengatasi segala-gala

makan apa yang terhidang dengan kadar yang sangat sederhana
jika dibandingkan dengan hidangan di rumah
namun, mereka menjamah hidangan begitu selera sekali
patuh arahan ketua walaupun pada hematku terhadap hal yang sangat remeh
tapi, sudah diajar bahawa akur dengan arahan ketua salah satu misi kem 

---kenangan terindah---


Membentuk interpersonal diri insan

Apa yang pasti, tugas dirancang terlaksana jua... 
kawan-kawan seperjuanganku

guru sedaya upaya berusaha menggilap mutiara yang tersedia
mendedah sesuatu yang baru dan berguna
memperbetul mana yang pincang dan tidak benar
menerap mana yang wajar, baik dan luhur

membentuk keyakinan diri insan
di bawah jagaannya
ibarat menjaga mutiara berzaman



Pertandingan Syarahan  





Tugasku menuntut keikhlasan tanpa mengenal batas dan persekitaran

Persatuan Kadet Polis sekolahku.....

segala-gala bermula di sini

segala-gala bermula di sini
mencari kekuatan membentuk jati diri
tanpa ada batasan diri 
menepis keegoan sendiri 
menjadi kau, aku dan mereka bersatu
menjadi satu

dengki dan iri hati
adat dalam perjuangan
menerus cita-cita
demi bumi pertiwi


pertandingan kawad badan beruniform sempena hari sukan sekolah

Ikhlasku seiring dengan kegembiraanku menyempurnakan tanggungjawab...

Anak-anak yang membesar dalam alaf ini, berdepan dengan kemelut yang memang disedari akan melemahkan jati diri. Namun, orang dewasa hanya mampu mamandang sahaja tanpa terdaya untuk bertindak. Ibu dan bapa hanya membiarkan anak-anak berlari ke arah kemelut itu tanpa ada pesanan, bangkangan, halangan dan nasihat. Tidak mampu kerana kemelut itu datang dari pelbagai arah. 

Dalam rumah sudah tentu televisyenlah yang merupakan santapan yang diratah tanpa ada tapisan minda dan rohani. Kemungkaran setiap cerita yang dihidang ditonton tanpa ada ulasan yang membina dan berguna dari individu yang lebih arif tentang batasan patut dan tidak patut. Maka akan lahirlah remaja yang pandai bertindak melulu. Bertindak mengikut logik akal yang bertunjangkan naluri ingin tahu. Ahhhh… malang nasib anak-anak ku nanti.

Budaya membaca semakin kabur sedangkan sebelum ini seumpama sudah terkubur. Internet sudah menjadi sebati dalam hidup, bila masa buku yang lebih terpimpin maklumatnya akan menjadi galang ganti untuk menyuburkan jiwa yang kering kontang….
Kanak-kanak dengan dunia mereka. Orang dewasa dengan dunia mereka dan orang tua dengan dunia mereka. Masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri.

Golongan yang pening dengan nasib merudum bangsa hanya tinggal sedikit Cuma. Berjuang dalam keadaan jatuh bangun tanpa ada sokongan dan kadang-kadang sokongan hanya bermusim. Di manakah pejuang yang akan membela hak bangsa? Membela nasib bangsa agar tidak dieksploitasi dari pelbagai sudut… di manakah mereka? Atau masih tidak sedar nasib bangsa yang sedang hanyut di bawa arus kemodenan yang tidak tahu hujung pangkal. Yang tidak mengenal makna patut tidak patut. Normal dan tidak.

Ahhh…kesian anak-anak aku nanti… terpaksa berdepan dengan wayang dunia yang tidak bertanggungjawab. Dari pelakon yang mempunyai skrip untuk kepentingan golongan tertentu. Dari pelakon yang sememangnya lahir dari dunia yang tidak menentu. Ahh malang anak-anak aku, membesar dalam dunia tidak menentu…

Bersosial dengan kawan-kawan seluhur jiwa agar hubungan kekal terjalin

kawan-kawan penghilang duka lara... gembira di tempat kerja dan di luar waktu kerja..
jiwaku pada dunia yang ku genggam..'guru di sekolah'
kau dan aku...

kawan...

senda gurau, lawak jenaka
keluhan rasa, seikhlas kata
sebati demi perjalanan yang panjang
senantiasa
diiringi sendaloka, semanis kata
penyegar sanubari
serentak dengan beban tergalas
menyelusuri perjalanan 
penggerak semangat dalam dunia kita yang sama

aroma beribu-ribu insan
mengharap perhatian
tanpa ada batasan pergaulan 
tanpa ada dinding pemisah antara kita dan mereka
seikhlas mungkin menghulur 
senyuman dan tutur bicara yang tersusun
demi harapan hamparan kebaktian 
dalam dunia yang tak tentu
penghujungnya

harapan menggunung
setiap bakti dicurah
sekadar dikenang cuma
tak mengharap lebih dari itu

hai dan hallo
sapaan dalam laman sosial
membakar semangat
bahawa kita akan sentiasa dikenang
selagi nyawa dikandung badan



dari kiri: Pn. Masroha bt Sepian, Pn. Rusyati bt Jamil, Pn. Zarina bt Zainol, dan Pn. Masturah bt Ahmad..

Namun cita-citaku aku tidak akan kesampingkan..

kawan-kawan dan keluarga pemberi semangat, tanpa ada prajudis terhadap cita-citaku...
Insyaallah kawan-kawanku, semester depan sampai giliran kita pula.....


Cita-cita

Hasil karya : RadenMkamil
Tarikh siar : 02hb Januari 2009, 7:31:25 mlm
No. IP : 202.185.55.:-)
Mantapkan cita-citamu
(wahai anak ummah!)
Cita-cita asal ciptaannya dari sifat Al-Awwal
Penampakkannya pada sifat al-Afdhal
Dan ia bertapak pada sifat Al UluhiyyahNya.
Reguklah Himmah
Segalanya akan lenyap
Dan akan timbul Nailul Munah
Diikuti Wushul al Ghayah!
Cita-cita dan harapan termaktub dalam kitab al Maknun (tersimpan)
Sedang kunci pembukaannya adalah rahsia yang al Mashuun (terpelihara)!
Maka empunya cita-cita tak boleh berpaling daripada al-Haqq!
Ingatlah , Rasulullah s.a.w ketika di saat sakarat pun bercita-cita:

Allahummagfirli warhamni wa al hiqni birrafiqil a’la!

Apa yang terdaya akan aku laksanakan seikhlasnya.....hatiku puas...

sebahagian tugasku... aku gembira dan  berpuas hati..

 beriadah bersama-sama dengan pelajar. tak hilang bisa pun kalau ular menyusur akar..
nampak je senang, tapi seksa juga badan...
maka berakhirlah aktiviti kami, meninggalkan seribu kenangan yang mematangkan diri