Wednesday, February 23, 2011

pakai jangan tak pakai

untuk menaikkan semangat anak-anak didik.


Sentiasa menyokong usaha baik guru-guru, itulah bekas Penolong Kanan Kokurikulum En. Mod Esa

Guru Kanan Mata pelajaran Puan Misliah yang sentiasa ceria dan bermotivasi ke arah mencapai misi dan visi sekolah

Puan Masturah, Ketua Panitia Bahasa Melayu yang sentiasa gembira dan mengukir senyuman walaupun bertimbun bebanan kerja yang menanti. Hanya guru sahaja yang memahami tugas dan peranan sebagai seorang pendidik, tetapi telaga hati kami jernih mengalirkan sumber mata air yang tidak putus-putus untuk manfaat semua

Puan Masturah lagi, aku dan dia memang mempunyai minat yang sama..hihi bergambar la apa lagi..macam serius je muka, tapi dia kelakar orangnya

Dengan beberapa orang pelajar yang berunifom hari tu, ramai lagi yang berunifom tetapi ni spontan, mana yang sempat je la..


Saturday, February 12, 2011

Setiap kesukaran disertai kemudahan


ajk pendaftaran yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 atas telah melaksanakan tugas mereka dengan jayanya..

Firman Allah SWT:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Al-Maghari berkata: dalam kesempitan terdapat kelapangan dan dalam kesulitan untuk memperoleh sesuatu yang dicari, terdapat jalan keluar sekiranya seseorang berbenteng kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT.



 surah ini mengadungi empat perkara:

  •  menghuraikan segala kenikmatan yang telah dikurniakan kepada Rasul-Nya.
  •  Janji Allah untuk menghilangkan kesulitan dan cubaan-cubaan yang dihadapi oleh Baginda.
  •  diperintahkan Baginda agar tetap tekun dan berterusan  mengerjakan amalan soleh. 
  • Bertawakal kepada-Nya dan mengharapkan segala  harapan hanya kepada Allah SWT sahaja. 

Firman Allah SWT: kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).



KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERIBADI UNGGUL
SMK. SUNGAI PELEK, SEPANG, SELANGOR
2011

  • TAJUK
Kertas kerja Perkhemahan Peribadi Unggul SMK. Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Pertama kali diadakan sebagai wadah pembentukan peribadi unggul seseorang remaja.
  •          TUJUAN, MATLAMAT, DAN OBJEKTIF
          Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukan kepada tuan pengetua untuk mendapatkan kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Peribadi Unggul dan memohon peruntukan kewangan daripada pihak sekolah. Kem ini akan diadakan dalam beberapa fasa. Fasa pertama untuk semua pelajar perempuan tingkatan 3, 4 dan 5. Manakala fasa kedua untuk semua pelajar lelaki tingkatan 3, 4 dan 5.

  •  Matlamat
  • Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri melalui keperibadian yang mulia.
  • Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan pencipta.
  • Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam pengurusan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan berkesan.

  •  Objektif
  •  Menanam sikap toleransi, kerjasama, dan muafakat, dalam hubungan sesama insan.
  • Menghindar perasaan dengki, iri hati, dan mementingkan diri sendiri.
  • Menanam keperibadian unggul sebagai seorang pelajar.

  •          Butiran perkhemahan
·           Tarikh     : 11, 12  Febuari 2011
·           Hari         : Jumaat dan Sabtu.
·           Bilangan perserta     :90 orang. Perempuan sahaja.
·           Tempat perkhemahan: SMK Sungai Pelek.

  •          Jawatankuasa
Penasihat:                    Pn. Saimah bt Ahmad
Pengerusi:                    Pn. Salamah bt Ramlan
Penyelaras Program:  Pn. Azura bt Mohd Yakop
Ketua Kem:                   Pn. Masroha bt Sepian
Pen.Kem:                      Norehan, Ain Aqilah
Setiausaha:                  Pn. Anita bt Bujang
Bendahari:                    Pn. Noorhaidah bt Arifin
Ketua Solat:                  Nadihah, Nadirah
Riadah:                          Aishah dan Norhayati
Ketua kantin:                Ain, Shafina dan Syafinas

Bingkisan kenangan bersama anak-anak didik yang disayangi:  
hasil daripada kem, telah terbit rasa cinta mereka kepada Allah dan rasulnya

mencari identiti diri sebagai wanita muslimah

identiti diri sebagai wanita muslimah untuk pemantapan keperibadian

mencari roh muslimah dengan mengadakan perbincangan agar kata sepakat ditemui

betapa suci jiwa mereka, seperti kertas yang dicoretkan itu

tangan-tangan yang baik sahaja yang mampu melahirkan insan cemerlang dari segi keperibadian

al-quran sebagai panduan hidup paling nyata

muslimah yang berkeyakinan berdiri di khalayak ramai

yang bijak tutur katanya

manis budi bahasanya serta sepakat dalam mencetus cita

berani mempertahankan hak muslimah sejagat

dan inilah sebahagian daripada mereka, didiklah mereka, pimpinlah mereka

dengan bisikan yang halus, jujur, telus, lembut dan setulus hati..Puan Masroha bt Sepian

agar mereka bahagia menemui jalan yang sebenar

pimpinlah kami mengenal erti persahabatan dan akhlak rasulullah

agar berjumpa sahabat sejati demi mencari cita-cita yang hakiki

dan tidak mengabaikan tanggunjawab sebagai hambaMu

bahagia mencari sinarMu

kami berserah kepada Mu, berilah hidayahMu kepada kami, jangan Kau pesongkan hati kami

kami begini, namun kami sentiasa mencari NurMu

dan kami akan sentiasa mencari demi agama Mu dan rasul mu

kami begini, namun tidak lupa walau sedetik dari mengingati Mu

kami begini, ikhlas dalam melakukan amanah mu di muka bumi ini, sepakat

dan mensyukuri rezeki Mu

kami mampu, sekiranya takdir mengkehendaki kami melakukannya namun

jangan Kau pesongkan hati kami, sayangilah kami dengan menberi Nur Mu

kerana kami perlu dibimbing

oleh insan yang lebih luas ilmunya, lebih dalam pemikirannya, lebih tajam mindanya

kami bersyukur, ada insan yang Kau bukakan hati untuk menolong kami

kami rela, ikhlas, dan bersyukur

dan kami perlu mencuba

menjadi insan yang yakin dengan perjalanan hidup ini yang penuh dengan onak dan duri...BERILAH HIDAYAHMU KEPADA KAMI YA ALAH



Wednesday, February 9, 2011

Kearah keyakinan diri untuk berbahasa

JURU HEBAH PAGI 7.10-7.20 PAGI

Niat ikhlas untuk menjadikan medan 7.10-7.20 pagi hak milik pelajar. Pelajar bebas bercakap di ruang udara sekolah. Menggunakan pembesar suara sekolah. Perbualan berkisar isu semasa dan berkaitan bahan bacaan. Masih berkisar "1 Buku 1 Hari" cuma penekanan kepada percakapan pelajar di tapak perhimpunan. Serampang dua mata sekiranya pelajar yang terlibat dengan bacaan buku pada hari itu tidak hadir ke sekolah. Maklumlah terpaksa berdiri di tapak perhimpunan dan bercakap. Aku faham bagaimana rasanya pada masa itu. Aku sendiripun kecut perut juga. hahaha

MEMECAH KESUNYIAN PAGI
RM280.00..siap beritahu harga lagi ni.
 Aku berjaya membeli sebuah radio yang agak canggih sedikit. Boleh digunakan semasa JURUHEBAH sekolah bercakap atau paling penting apabila sudah ketandusan idea.
Wang ringgit bukan lagi masalah. Kepuasan diri bersama pelajar yang paling diutamakan.  Lagu pertama yang akan berkumandang ialah "pesan abang" nyanyian arwah Sudirman Haji Arsyad bukan lagu yang diutamakan tetapi mesej dalam lagu tersebut berkaitan dengan dunia remaja sekolah. 
Sudirman

Pesan Abang 

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

( korus )
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

( ulang korus hingga akhir )

Cabaran sentiasa ada dalam melakukan perubahan. Nanti aku senaraikan cabaran tersebut sekiranya ada. Kalau kecil-kecil punya masalah selalunya aku buat biasa sahaja. 

 Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada murid yang sangat memberi komitmen pada awal pagi untuk menemani rakan-rakan seperjuangan yang perlu datang awal ke sekolah. Sekurang-kurangnya waktu pagi mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan menghiburkan.


Mereka yang terlibat ialah:
1. Hoo Jia Ling dari kelas 3 Mawar        - Juru teknik
2. Sharmila                       3 Bunga Raya- Juru hebah
3.                                                            - Juru hebah
4.


Masih ada kekosongan lagi. Masih terbuka kepada mereka yang berminat.

Tuesday, February 8, 2011

"Anak Angkat NILAM SMKSP"


PROGRAM ANAK ANGKAT NILAM

Tujuan
Idea untuk mewujudkan "program anak angkat NILAM" dicetuskan oleh tuan pengetuan Puan Saimah bt Ahmad.
 Tujuan agar pemantauan lebih khusus dapat dilakukan kepada murid-murid yang betul-betul minat membaca dan memanfaatkan buku NILAM mereka. Selain itu, galakan dapat diberikan kepada murid-murid agar menanam minat suka membaca. Memberi inisiatif tambahan kepada pelajar yang suka membaca.

Pelaksanaan
 Guru kelas dan guru mata pelajaran akan mencari dan menebual setiap muridnya yang minat membaca serta berminat untuk menyertai program ini.  Buku NILAM akan diberi secara percuma sebagai galakan untuk pelajar meneruskan niat  membaca. Nama akan dicatatkan dan dipaparkan di papan kenyataan Persatuan Bahasa Melayu.
 Guru mata pelajaran lain seperti mata pelajaran Bahasa Inggeris juga akan turut membantu menjayakan program ini. Selain itu, guru mata pelajaran Sivik  juga akan memberi komitmen yang padu dengan memberi ruang menggunakan masa mata pelajaran tersebut untuk bacaan NILAM sama ada di dalam kelas atau di perpustakaan.


ANAK ANGKAT NILAM
1 BUKU 1 HARI
Kearah Memperkasa Bahasa Melayu

Serah buku catatan NILAM pada    4.3.2011  dan 3.6.2011
BIL
Nama
Tingkatan
1
Sharmilla Elangovan
3 Bunga Raya
2


3


4
Nurul Ain binti Isman
3 Dahlia
5
Ragupathy a/l Ramachanthiran
3 Dahlia
6
Nuzul Haqeem bin Mohid
3 Dahlia
7
Turka
3 Orkid
8
Meghala
3 Orkid
9
Veeramalai a/l Sellaperumal
3 Orkid
10
Ganaga Durga a/p Selvakumar
3 Kenanga
11


12


13
Hemaroobni a/p Ramachandran
3 Kenanga
14


15


16
Gayathri a/p Saravanankumar
3 Kekwa
17
Vani a/p Selvarajoo
3 Kekwa
18
Kastury a/p Kuppusamy
3 Kekwa
19
Sarasvathy a/p Ganesan
3 Orkid
20
Tanusha a/p Bathumalai
3 Orkid
21


22
Devina a/p Ebinesan
3 Seroja
23


24


25
Vimalathevi a/p Manokaran
3 Cempaka
26
Sharbanaa a/p Subramaniam
3 Mawar
27
Geethanjali a/p jayakumar
3 Mawar
28
Priyatharshini a/p Natciappan
3 Mawar
29
Kanimalar a/p Balasekaran
3 Mawar
  • Mencatatkan setiap maklumat bacaan ke dalam buku NILAM.
  • Menyerahkan buku NILAM kepada Pn Masroha bt Sepian pada 4.03.2011 dan 3.06.2011
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah sila berjumpa dengan Puan Masroha bt Sepian.
  • Sesiapa yang berminat sila berjumpa dengan Puan Masroha Sepian.
  • Penyertaan masih terbuka untuk tingkatan 4 dan 5.

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Kempen sampah sifar 2011 akan muncul....

Kesinambungan kempen sampah sifar 2010, maka pelancaran kempen sampah sifar 2011 akan diteruskan. pelajar tingkatan 4 dan 5 akan membantu meneruskan pelaksanaan kempen ini...
Tahun 2010 mencatatkan kenangan paling indah bagi pelajar SMKSP kerana telah berjaya melaksanakan misi sekolah bersih dan ceria tanpa sampah...



Perasmian sudut "Kempen Sampah Sifar"

Penghargaan dan ucapan tahniah daripada pengetua menyebabkan pelajar tidak cepat patah semangat dalam menghadapi cabaran semasa pelaksanaan kempen.
Ucapan tahniah membakar semangat pelajar yang membangunkan sudut ini. Segala penat lelah terbang bagai ditiup angin lalu.


Merangsang minda pelajar melalui mural dan poster yang ditampal. Menggunakan sudut yang ada semaksimum mungkin untuk tujuan pendidikan.

Selepas menandatangi plat untuk perasmian sudut, pelajar memberi penerangan ringkas berkenaan sudut ini pula kepada tuan pengetua.


Semoga inisiatif ini menjadi penggerak kepada pelajar lain untuk meneruskan apa jua aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.