Monday, February 7, 2011

memantapkan jati diri bangsa


Alhamdulillah..... tahun 2011 dibuka dengan pelbagai misi dan visi.. Kesemuanya atas kecelikan rasa, keterbukaan minda, keruntunan hati dan jiwa, kelembutan naluri sebagai insan yang berpijak di bumi yang fana. Lantaran insan ini tidak seputeh salji jiwanya maka terdetik pelbagai persoalan, mengganggu jiwa yang kontang untuk bangun menggerakkan insan yang lain sebelum mereka menjadi seperti insan ini.

Pembangunan minda kearah bangsa yang suka membaca. Maka tercetus idea daripada rakan seperjuangan untuk menzahirkan satu  hasrat ke arah bangsa yang suka membaca . Program "1 buku 1 hari" berjaya dilancarkan pada 17.01.2011 di tapak perhimpunan. Program akan dijalankan pada setiap hari persekolahan bermula 7.10-7.20 pagi. Pelajar akan berbicara tentang buku yang telah dibaca dengan matlamat ingin berkongsi bahan bacaan yang telah dibaca.


Pendahuluan
Rentetan daripada mesyuarat panitia Bahasa Melayu yang pertama maka terhasillah buah fikiran untuk menjalankan aktiviti “1 BUKU 1 HARI”. Pelajar yang terlibat dengan program ini akan menghabiskan bahan bacaan masing-masing dan akan bacakan sinopsis bahan bacan mereka di tapak perhimpunan.

Pelaksanaan
Pelajar akan menjalankan aktiviti di tapak perhimpunan dari pukul 7.10-7.20 pagi. Mereka akan menceriakan suasana dengan isu semasa, kupasan buku-buku ilmiah dan lain-lain lagi aktiviti yang melibatkan bahan bacaan yang dibaca dibawah seliaan guru mata pelajaran masing-masing.

Objektif:
  • Menanam minat membaca dalam kalangan pelajar SMK Sungai Pelek
  • Meningkatkan keyakinan diri pelajar berucap di khalayak ramai
  • Menambah ilmu pengetahuan melalui bahan bacaan yang dibaca
Matlamat:
  •         Mengisi masa waktu pagi secara berhemat dan penuh ilmiah
  •      Mengembalikan semula program NILAM sekolah.
  •     Meningkatkan minat membaca murid-murid.
  •      Melahirkan murid-murid yang suka membaca apabila tertanam konsep “1 buku 1 hari”

Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan:

Pengerusi: Pn. Misliah Bt Ahmad
Naib Pengerusi: Pn. Mastura bt Ahmad
Setiausaha: Pn. Siti Zaikiah bt Ahmad
Naib Setiausaha: Pn. Erlinawati
Ajk :Pn. Nora ani
Masroha Bt Sepian
Pn. Meriah bt Pog



Serangkap pantun untuk program perasmian:

Di awal pagi yang sangat mulia,
Riben ditarik penuh bangga,
Membaca tabiat kalangan belia,
Harapan menjadi bangsa berharga,

















No comments:

Post a Comment