 |
ajk pendaftaran yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 atas telah melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.. |
Firman Allah SWT:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Al-Maghari berkata: dalam kesempitan terdapat kelapangan dan dalam kesulitan untuk memperoleh sesuatu yang dicari, terdapat jalan keluar sekiranya seseorang berbenteng kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT.
surah ini mengadungi empat perkara:
- menghuraikan segala kenikmatan yang telah dikurniakan kepada Rasul-Nya.
- Janji Allah untuk menghilangkan kesulitan dan cubaan-cubaan yang dihadapi oleh Baginda.
- diperintahkan Baginda agar tetap tekun dan berterusan mengerjakan amalan soleh.
- Bertawakal kepada-Nya dan mengharapkan segala harapan hanya kepada Allah SWT sahaja.
Firman Allah SWT: kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERIBADI UNGGUL
SMK. SUNGAI PELEK, SEPANG, SELANGOR
2011
Kertas kerja Perkhemahan Peribadi Unggul SMK. Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Pertama kali diadakan sebagai wadah pembentukan peribadi unggul seseorang remaja.
- TUJUAN, MATLAMAT, DAN OBJEKTIF
Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukan kepada tuan pengetua untuk mendapatkan kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Peribadi Unggul dan memohon peruntukan kewangan daripada pihak sekolah. Kem ini akan diadakan dalam beberapa fasa. Fasa pertama untuk semua pelajar perempuan tingkatan 3, 4 dan 5. Manakala fasa kedua untuk semua pelajar lelaki tingkatan 3, 4 dan 5.
- Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri melalui keperibadian yang mulia.
- Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan pencipta.
- Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam pengurusan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan berkesan.
- Objektif
- Menanam sikap toleransi, kerjasama, dan muafakat, dalam hubungan sesama insan.
- Menghindar perasaan dengki, iri hati, dan mementingkan diri sendiri.
- Menanam keperibadian unggul sebagai seorang pelajar.
· Tarikh : 11, 12 Febuari 2011
· Hari : Jumaat dan Sabtu.
· Bilangan perserta :90 orang. Perempuan sahaja.
· Tempat perkhemahan: SMK Sungai Pelek.
Penasihat: Pn. Saimah bt Ahmad
Pengerusi: Pn. Salamah bt Ramlan
Penyelaras Program: Pn. Azura bt Mohd Yakop
Ketua Kem: Pn. Masroha bt Sepian
Pen.Kem: Norehan, Ain Aqilah
Setiausaha: Pn. Anita bt Bujang
Bendahari: Pn. Noorhaidah bt Arifin
Ketua Solat: Nadihah, Nadirah
Riadah: Aishah dan Norhayati
Ketua kantin: Ain, Shafina dan Syafinas
Bingkisan kenangan bersama anak-anak didik yang disayangi:
 |
hasil daripada kem, telah terbit rasa cinta mereka kepada Allah dan rasulnya |
 |
mencari identiti diri sebagai wanita muslimah |
 |
identiti diri sebagai wanita muslimah untuk pemantapan keperibadian |
 |
mencari roh muslimah dengan mengadakan perbincangan agar kata sepakat ditemui |
 |
betapa suci jiwa mereka, seperti kertas yang dicoretkan itu |
 |
tangan-tangan yang baik sahaja yang mampu melahirkan insan cemerlang dari segi keperibadian |
 |
al-quran sebagai panduan hidup paling nyata |
 |
muslimah yang berkeyakinan berdiri di khalayak ramai |
 |
yang bijak tutur katanya |
 |
manis budi bahasanya serta sepakat dalam mencetus cita |
 |
berani mempertahankan hak muslimah sejagat |
 |
dan inilah sebahagian daripada mereka, didiklah mereka, pimpinlah mereka |
 |
dengan bisikan yang halus, jujur, telus, lembut dan setulus hati..Puan Masroha bt Sepian |
 |
agar mereka bahagia menemui jalan yang sebenar |
 |
pimpinlah kami mengenal erti persahabatan dan akhlak rasulullah |
 |
agar berjumpa sahabat sejati demi mencari cita-cita yang hakiki |
 |
dan tidak mengabaikan tanggunjawab sebagai hambaMu |
 |
bahagia mencari sinarMu |
 |
kami berserah kepada Mu, berilah hidayahMu kepada kami, jangan Kau pesongkan hati kami |
 |
kami begini, namun kami sentiasa mencari NurMu |
 |
dan kami akan sentiasa mencari demi agama Mu dan rasul mu |
 |
kami begini, namun tidak lupa walau sedetik dari mengingati Mu |
 |
kami begini, ikhlas dalam melakukan amanah mu di muka bumi ini, sepakat |
 |
dan mensyukuri rezeki Mu |
 |
kami mampu, sekiranya takdir mengkehendaki kami melakukannya namun |
 |
jangan Kau pesongkan hati kami, sayangilah kami dengan menberi Nur Mu |
 |
kerana kami perlu dibimbing |
 |
oleh insan yang lebih luas ilmunya, lebih dalam pemikirannya, lebih tajam mindanya |
 |
kami bersyukur, ada insan yang Kau bukakan hati untuk menolong kami |
 |
kami rela, ikhlas, dan bersyukur |
 |
dan kami perlu mencuba |
 |
menjadi insan yang yakin dengan perjalanan hidup ini yang penuh dengan onak dan duri...BERILAH HIDAYAHMU KEPADA KAMI YA ALAH |
|
No comments:
Post a Comment