Kesinambungan kempen sampah sifar 2010, maka pelancaran kempen sampah sifar 2011 akan diteruskan. pelajar tingkatan 4 dan 5 akan membantu meneruskan pelaksanaan kempen ini...
Tahun 2010 mencatatkan kenangan paling indah bagi pelajar SMKSP kerana telah berjaya melaksanakan misi sekolah bersih dan ceria tanpa sampah...
 |
Perasmian sudut "Kempen Sampah Sifar" |
 |
Penghargaan dan ucapan tahniah daripada pengetua menyebabkan pelajar tidak cepat patah semangat dalam menghadapi cabaran semasa pelaksanaan kempen. |
 |
Ucapan tahniah membakar semangat pelajar yang membangunkan sudut ini. Segala penat lelah terbang bagai ditiup angin lalu. |
 |
Merangsang minda pelajar melalui mural dan poster yang ditampal. Menggunakan sudut yang ada semaksimum mungkin untuk tujuan pendidikan. |
 |
Selepas menandatangi plat untuk perasmian sudut, pelajar memberi penerangan ringkas berkenaan sudut ini pula kepada tuan pengetua. |
Semoga inisiatif ini menjadi penggerak kepada pelajar lain untuk meneruskan apa jua aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Rindu saya kat SMKSP.
ReplyDeleteThumbs up! Teruskan usaha murni ni cikgu, bebaskan SMKSP dari sampah-sampah.
-fatin shahirah rahmat-